Jumat, 05 Maret 2010

PENGURUSAN ORGANISASI

PENGURUSAN ORGANISASI

Oleh: Ronn. M. Noor

DEFENISI PENGURUSAN

Pengurusan mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat pada hari ini. Organisasi yang berfungsi dengan efektif dan efesien adalah organisasi yang mempunyai sistem dan kaedah pengurusan yang sofisitikated. Oleh kerana pengetahuan dan kemahiran pengurusan telah dianggap sebagai satu faktor kritikal dalam kejayaan sebuyah organisasi, maka pelbagai kursus dan latihan mengenai pelbagai aspek pegurusan telah ditawarkan oleh perlbagai institusi, khususnya di kolej- kolej da universiti di seluru dunia. Antara kursus yang popular di kalangan pelajart-pelajar dan pengamal-pengamal pengurusan ialah Sarjana Pentadbiran Pengurusan (MBA) yang dipercayai boleh melengkapkan seorang pengurus atau bakal pengurus dengan pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang komprehensif. Namun, seperti kosep organisasi, pengurusan sebagai satu konsep yang biasa diperkatakan dan digunakan oelh ramai pihak juga telah gagal diungkapkan secara ilmiah, walaupun sebahaian pihak menggelarkan masyarakat pada zaman sekarang sebagai masyarakat saintifik.

Konsep pengurusan telah digunakan dengan cara perspektif yang berbeza. Kadang-kadang pengurusan digunakan untuk merujuk kepada proses-proses yang diikuti oleh para pengurus untuk mencapai matlamat organisasi. Konsep pengurusan juga kerapkali dirujukna kepada individu-individu yang mengurus dan mentadbir sebuah organisasi. Contohnya, biasa kita denganr di kalangan para pekerja apabila emreka menghadapi masalah-masalah tertentu mereka akan mengatakan bahawa biarlah pihak pengurusan akan membuat keputusan mengenainya.

Namun, secara umumnya sebagai besar para sarjana pengurusan menerima pakai kosep pengurusan sebagai satu proses aktiviti yang diketahui oleh para pengurus, tetapi dilakukan bersama-sama dengan para pekerja. Kebanyakan defenisi pengurusan yang telah dikemukakan oleh Hendry Fayol (1916). Pandangan umum mengenai kosep pengurusan masih sah sehingga ke hari ini walaupun definisi-definisi yang terkemudian membuat sedikit sebanyak adaptasi daripada versi asal konsep pengurusan yang telah dikemukakan oleh beliau. Hendri Fayol berpendapat bahawa untuk mengurus adalah untuk meramal dan merancang, mengorganisasi, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal. Manakala Brech (1957) pula mendefisikan pengurusan sebagai satu proses sosial…proses ini terdiri dari pada…perancangan, kawalan, koordinasi dan motivasi.

Berdasarkan dua definisi penggurusan yang telah dipetik, maka pengurusan dalam koteks ini ditakrifkan sebagai satu proses sosial untuk mencapai matlamat organisasi secara efektif dan efesien bersam-sama dengan para pekerja serta menggunakan secara optimum sumber-sumber organisasi yang lainya. Kesimpulannya, terdapat sekurang-kurang tiga ciri asas apa yang dimaksudkan dengan pengurusan iaitu;

  1. Satu proses sosial yang sinergistik di kalangan seluruh ahli organisasi secara berterusan yang melibatkan bebarapa aktiviti asas pengurusan.
  2. Fokus proses sosial dan aktiviti-aktiviti asas itu adalah ke arah mencapai matlamat oraganisasi.
  3. Matlamat orabanisasai hanya boleh dicapai melalui para pekerja dan sumber-sumber organisasai yang lain.

FUNGSI PENGURUSAN

Menurut Koontz dan O’Donnell (1976), terdapat lima fungsi penting pengurusan, iaitu perancangan, pengorganisasian, penstafan, kepimpinan dan pengawalan.

Perancangan

Perancangan ialah suatu aktiviti proaktif untuk mengurus masa depan sebuah organisasi untuk tujuan penakatannya. Dalam proses parancangan, pihak pengurus dan pekerja akan mengambil kira tentang perkara-perkara yang akan berlaku pada masa-masa akan datang yang dipercayai boleh memberi impak langsung dan tidak langsung terhadap organisasi mereka. Perancangan melibatkan penentuan dan pemilihan mengenai;

- apakah yang hendak dicapai pada masa akan datang

- apakah kerja yang perlu dilakukan

- bagaimanakah kerja-kerja tersebut hendak dilakukan dan

- bilakah ia perlu dilaksanakan

Fokus kepada perancangan lebih ke arah merealisasikan matlamat oraganisasi yang hendak dicapai, sama ada malamat strategik, matlamat fungsian, ataupun matlamat operasional.

Pengorganisasian

Pengorganisasian merujuk kepada tugas para pengurus membentuk satu struktur oraganisasai yang menjelaskan penyusunan kerja-kerja dan pengagihan kerja-kerja tersebut beserta sumber-sumber yang diperlukan. Untuk merealisasikan perancangan yang telah dibuat. Ringkasnya, pengorganisasian ialah aktiviti-aktiviti pengurusan untuk mengagihkan kerja dan sumber-sumber untuk bekerja bagi mencapi matlamat oraganisasi. Mengoragnisasikan kerja dan sumber yang sesuaikan dengan pekerja adalah penting dan kritikakl kerana ia akan menentukan sama ada pekerja dapat mencapi tahap produktiviti yang maksimum ataupun tidak ia juga memastika setiap sumber itu digunakan secara yang optimum. Pengorganisasian kerja, pekerja dan sumber organissasi perlu dilakukan dengan teliti dan mengambil kira pelbagai aspek agar pengurusan sebuah organisasai dapat berjalan dengna sempurna.

Penstapan

Keperluan kepada pekerja yang mencukupi dan terlatih untuk melaksanakan suatu kerja pada masa sekarang dan akan datang adalah fungsi pengurusan yang sama pentingnya dengan fungsi-fungsi yang lain. Proses penstafan bermula dengan menentukan apakah kerja-kerja yang hendak dilakukan didalam organisasai. Jumlah dan jenis kerja mestilah disesuaikan dengan jumlah dan kemahiran pekerja. Ia juga perlu megambil kira sama ada sesuatu kerja itu hendak dilakukan secara individu, ataupun secara berkumpulan. Setiap kaedah bekerja akan menentukan jenis penyeliaan yang sesuai untuk digunapakai dalam pengurusan sember daya manusia. Ringkasnya, penstafan melibatkan beberapa aktiviti pengursan yang penting, seperti analisis kerja, pengukuran kerja, penilaian dan penggredan kerja, pembentukan kerja, rekrutmen dan pemilihan kerja.

Kepimpinan

Kepimpinan melibatkan proses mempengaruhi para pekerja oleh para pegurus, ketua dan penyelia supaya mereka melaksanakan tugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan sebaik yang mungkin. Fungsi kepimpinan dalam pengurusan bayak dikaitkan dengan proses memotivasi para pekerja supya mereka lebih produktif. Oleh itu, antara tingkah laku kepimpinan yang selalu ditonjolkan oleh para pemimpin dalam pengurusan seharian ialah komunikasi yang ekstensif oleh para pengurus dengan para pekerja mereka untuk menyampikan dan memberi inspirasi kepada para pekerja mengenai kepada para pekerja mengenai visi dan misi organisasi, mengetahui dan menyelesaikan maslaah-masalah kerja dari semasa ke semasa serta memberi panduan mengnai cara bekerja dengan lebih efektif.kepmimpinan adalah aktiviti pengurusan yang menumpukan seratus peratus kepada aspek manusia supaya pekerja dapat memberikan komitmen yang tinggi dan kesetiaan yang berkekalan kepada oraganisasi mereka.

Pengawalan

Merujuk kepada penilian yang dibuat terhadap prestasi sebenar organisasi dan unit-unit di dalamnya untuk dibandingkan dengan perancangan dan matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Selain untuk melihat tahap produktiviti oraganisasi, pengawalan juga merujuk untuk menilai sama ada keseluruhan komponen dalam oraganisasi sedang bergerak pada landasan yang betul sebagai mana yang telah ditentukan. Aktiviti utama dalam proses pengawalan oraganisasi adalah pengumpulan data-data yang berkaitan dan mencukupi. Data-data ini kemudiannya dianalisis untuk melihat tahap pencapaian sebenar yang seharusnya dicapai oleh semua pihak dalam organisasi. Juga pencapaian semasa bersamaan atau melebihi tahap pencapaian yang telah ditentukan, ia bermakna semua pihak dalam organisasi telah berfungsi dan berperanan dengan berkesan. Sebaliknya, jika pencapian semasa berada di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya, maka pungsi pengawalan memasuki proses pembetulan dan pemulihan. Pada peringkat ini, para pengurus akan menila kembali perancangan yang telah dibuat, kesesuaian dan kemunasabahan matlamat yang hendak dicapai dan prestasi pekerja. Ini bermakna proses pengurusan akan bermula semula mulai fungsi yang pertama hinggalah fungsi yang terakhir sehinggalah apa yang dihajatkan dapat dicapai dengan sempurna.

PERANAN PENGURUS

Sejak beberapa dekad kebelakangan ini beberapa sarjana pengkaji pengurusan cuba membincangkan konsep pengurusan daripada bersifat umum kepada aspek yang lebih spesifik, khususnya fokus kepada apa sebenarnya yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pengurus pada setiap hari ditempat kerja. Penekanannya lebih kepada persoalan mengenai apa itu pengurus daripada apa itu pengurusan. Berdasarkan penyelidikan ekstensif yang dibuat terhadap lima orang pengurus sekitar akhir tahun 1990-an, Henry Mitzberg (1973) telah menyenaraikan beberapa peranan penting yang perlu dilaksanakan oleh pengurus yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti kepengurusan. Senarai peranan pengurus yang dicadangkan oleh mitzberg bolehlah dianggap sebagai satu huraian kerja seharian seorang pengurus yang agak komprehensif cakupannya. Menurut Mintberg peranan-peranan seorang pengurus adalah sebagai;

Boneka

Peranan seorang pengurus sebagai boneka organisasi adalah terlibat dalam aktiviti upacara-upacara simbolik di dalam dan di luar organisasi, seperti dalam majlis pembukaan, perasmian, pelancaran, penganugrahan, meraikan tetamu. Kehadiran dan peranan seorang pengurus dalam majlis-majlis tersebut secara simboliknya adalah sebagai mewakili keseluruhan organisasinya.

Pemimpin

Sebagai pemimpin, seorang pengurus bertanggungjawab untuk mendorong para pekerja mereka supaya sentiasa produktif dan menunjukkan komitmen kerja yang tinggi serta kesetiaan yang tak berbelah bagi kepada organisasi mereka. Usaha ini dilakukan dengan sentiasa mengambil kira keperluan-keperluan utama para pekerja menghargai dan menghormati mereka sebagai seorang manusia serta wujudnya matlamat kerja yang jelas dikalangan mereka.

Penghubung

Sebuah organisasi dalam urusan-urusan sehariannya amat bergantung dan memerlukan berbagai-bagai bentuk kerja sama dengan pelbagai organisasi luar, seperti perjumpaan dalam seminar, persidangan dan mensyurat antara pengurus-pengurus syarikat.

Usahawan

Setiap organisasi secara langsung atau tidak langsung sentiasa terdedah kepada kesan buruk daripada persaingan dengan pesaing-pesaing dalam bidang perniagaan yang sama, sama ada daripada syarikat-syarikat tempatan, mahupun syarikat-syarikat antar bangsa. Sehubungan dengan ini, setiap syarikat antara lainnya perlulah sentiasa kreatif dan inovatif dalam pengeluaran masing-masing supaya mempunyai nilai tambah dalam setiap barangan yang dikelurkan ataupun perkhidmatan yang ditawarkan. Pengurus merupakan pihak yang berperanan penting sebagai usahawan untuk berani menanggung risiko dengan membuat perubahan-perubahan yang munasabah agar syarikatnya lebih responsif dengan kehendak pengguna dan dengan yang demikian akan lebih kompetitif di pasaran tempatan dan luar negara.

Penguntuk Sumber

Sebagai penguntuk sumber, seorang pengurus terlibat dalam aktiviti-aktiviti mengagihkan segala sumber pengeluaran dalam organisasi kepada unit atau jabatan atau kumpulan-kumpulan kerja yang memerlukannya. Pengagihan ini hendaklah dilakukan secara efektif, efesien, adil dan munasabah supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang konflik yang boleh menjejaskan keharmonian antara unit dan pekerja dalam organisasi tersebut. Pertimbangan pengagihan hendaklah dibuat berdasarkan kepada keutamaan syarikat memandangkan sumber-sumber organisasi adalah terhad.

Pengaman Kekacauan

Konflik adalah fenomena yang biasa berlaku dalam oraganisasi. Proses prubahan organisasi disebabakan tekanan persekitaran boleh menjadi satu punca kepada pelbagai konflik dalaman. Manakala kes-kes seperti kerugian syarikat, kemalangan di tempat kerja juga boleh menimbulkan konflik di kalangan para pekerja. Apabila berhadapan dengan situasi seperti ini peranan pengurus ialah berusaha sedaya yang mungkin untuk menyelesaikan segala perkara yang berbangkit dikalangan para pekerja mereka dengan langkah-langkah pemulihan melalui kaedah adaptasi, akomodasi, ‘matalamat utama’serta mengubal strategi-strategi penyelesaian secara bersama. Seboleh mungkin, setiap penyelesaian konflik hendaklah tidak merugikan semua pihak yang terlibat.

Perunding

Setiap organisasi akan berhadapan dengan pelbagai tuntutan dan permintaan dari semasa ke semasa. Tuntutan dan permintaan ini mungkin datang dari sebuah organisasi terhadap organisasi luar, seperti contoh; tuntutan pihak pengurus syarikat A dari syarikat pembekal atau pemasarannya dan juga tuntutan yang bersifat dalaman, seperti tuntutan kesatuan sekerja terdahap majikan untuk menaikkan gaji tahunan. Penyelesaian segala masalah yang timbul adalah melalui perundingan, iaitu para pengurus bertanggung jawab mewakili syarikatnya untuk merunding mengenai sesuatu perkara dengan pihak luar untuk membela organisasinya dan juga berusaha menyelesaikan sebarang pertikaian yang berlaku antar pihak pengurusan dengan pihak pekerja.

Pengawas

Para pengurus adalah sentiasa pihak yang menjadi tumpuan segala maklumat sama ada maklumat yang masuk dari luar organisasi ke dalam organisasinya, ataupun maklumat yang datangnya dari dalam organisasi untuk di hantar ke organisasi luar. Oleh yang demikianl, peranan pengurus dalam konteks ini ialah memastikan maklumat-maklumat diterima dengan baik dan di sampaikan kepada pihak-pihak yang berkenaan dengan sempurna dan secukupnya untuk paedah organisasi. Disamping itu, para pengurus juga harus bersifat proaktif dengan berusaha mendapatkan maklumat dari luar organisasi melalui konferens, seminar, buku, majalah dan jurnal sebagai input terkini yang boleh membantu meningkatkan daya saing organisasinya.

Penyebar Maklumat

Berdasarkan hirarki dalam sebuah organisasi, para pekerja tidak berhak mendapatkan maklumat yang tertentu, walaupun maklumat tersebut diperlukan untuk urusan pekerjanya. Justru, peranan pengurus ialah menyebarkan segala maklumat yang perlu kepada para pekerja mereka dari semasa ke semasa melalui pelbagai cara, termasuklah dengan mengadakan mesyurat, sesi taklimat, buletin syarikat, dan surat-surat pekeliling.

Jurucakap

Jurucakap berperanan untuk menyampaikan segala maklumat yang perlu diberikan kepada organisasi luar atau masyarakat umum sebagai wakil dari syarikatnya. Maklumat tersebut mungkin mengenai polisi syarikat, projek-projek sosial syarikat, dan perancangan tahunan yang disampaikan melalui siaran akhbar perjumpaan-perjumpaan lembaga pengarah dan seumpamanya.

Mintzberg (1973) menjelaskan, terdapat empat peranan spesifik seorang pengurus untuk menjayakan misi sebagai pembuat keputusan yang efektif dan efesien, iaitu;

§ usahawan

§ pengutuk sumber

§ pengaman kekacauan

§ perunding

KEMAHIRAN PENGURUSAN

Penyelidikan yang telah dilakukan oleh Robert Katz (1974) menjelaskan sekurang-kurangnya terdapat tiga kemahiran asas pengurusan yang perlu ada pada setiap seorang pengurus, iaitu;

Kemahiran Teknikal

Kemahiran teknikal merujuk kepada pengetahuan dan kebolehan seseorang pengurus mengaplikasi segala teori, kaedah, teknik, prosedur dan alat-alat yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu tugas yang spesifik. Kemahiran teknikal ini amat mudah untuk diphami dalam dunia pekerjaan profesional yang bersifat teknikal, seperti kerja seorang jurutera dan seorang doktor. Mereka mestilah mempunyai kemahiran teknikal dalam bidang masing-masing untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas-tugas seharian mengikut keperluan dan piawaian yang ditentukan. Dalam bidang pengurusan pula, seorang pengurus personel hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknikal yang secukupnya dan terkini serta mahir dalam prosedur dan peralatan yang digunakan untuk proses pengrekrutan, penstafan, latihan, pembangunan staf, penilaian prestasi, pampasan dan sebagainya.

Kemahiran Manusia

Kemahiran merujuk kepada kebolehan seseorang pengurus untuk bekerja dan memahami serta memotivasi para pekerja, sama ada secara individu mahupun secara kumpulan dan pasukan. Sebagian besar daripada urusan seharian para pengurus organisasi adalah bekerja bersama-sama dengan para pekerja mereka. Malah, kejayaan seorang pengurus adalah bergantung kepada sejauh mana mereka dapat merealisasikan matlamat syarikat melalui kerja-kerja yang dijalankan oleh para pekerja mereka. Berdasarkan kepada hakikat ini, kemahiran manusia amatlah kritikal kepada seorang pengurus. Antaranya, komunikasi, perundingan, motivasi dan kepimpinan.

Kemahiran Konseptual

Kemahiran konseptual ialah kebolehan mental atau minda untuk menganalisis dan mengdiagnosis setiap situasi dan masalah, malah berupaya untuk menyelaras dan menyepadukan keseluruhan aktiviti organisasi agar ia lebih sistematik dan efektif. Setiap organisasi sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dan saingan yang memerlukan kepada penentuan polisi dan strategi organisasi yang lebih berdaya saing. Kemahiran konseptual yang tinggi sanggat diperlukan untuk membolehkan seseorang pengurus memahami dengan sempurna dan rasional setiap peluang dan tindakan-tindakan yang lebih strategik dari semasa ke semasa. Dengan yang demikian, organisasi akan dapat berfungsi dengan lebih efektif sesuai dengan situasi dan kehendak semasa. Disamping itu, perlu dipahami bahawa proses untuk mencapai matlamt organisasi melibatkan jumlah aktiviti yang banyak dan pelbagai. Kesemuanya perlu di organisasi sejara efektif supaya wujud kelancaran beroperasi demi untuk meminimumkan kos pengeluaran di samping akan dapat mencapai tahap produktiviti yang tinggi serta berkualiti.

PSIKOTERAPI Kaunseling Keluarga MORAL REMAJA BERESIKO


PSIKOTERAPI

Kaunseling Keluarga

MORAL REMAJA BERESIKO

Pendekatan Teori REBT

Kilas pandang tentang remaja

Remaja boleh diertikan reformasi meminta jati diri, tidak terlepas dari beragam isu yang merebek berkaitan dengan remaja dewasa ini, sehingga terlepas dari tanggung jawap yang sebenarnya. Sebagai mana kita mengutip kata orang bijak ”ditangan remajalah letaknya suatu umat dan dikakinyalah kehidupan”.Betapa besar peranan dan tanggung jawap seorang remaja merupakan metamorfosa penerus kehidupan suatu bangsa untuk membawa kepada kegemilangan atau kehancuran. Ketika seseorang menempuh usia remaja kerap kali membelalakkan mata menyaksikan keanehan-keanehan yang belum perna dirasakan pada usia kanak-kanak. Dari keanehan-keanehan itulah datangnya perasaan untuk mencoba tanpa sempat berfikir resiko yang akhirnya menimbulkan bentruran moral, kerisis semangat juang, jati diri dan daya tahan untuk bertahan hidup.

Ditambah lagi dengan tuntutan zaman yang serba modern dan global lengakaplah sudah penderitaan yang membebani kaum remaja. Pengaruh globalisasi kian mematah sendi-sendi nilai budaya dan agama lebih menyedihkan lagi ketika nilai-nilai luhur tersebut dianggap kurang maju dan ketinggalan jaman. Kebebasan dalam bergaul telah merobah pola berpikir remaja sekarang, dengan mudahnya menganggap yang tabuh menjadi layak dan yang luar biasa menjadi biasa-biasa saja semua ini berawal dari kerisisnya nilai jati diri anak bangsa dipupuk pengaruah libralisme dan skulerisme yang tumbuh subur bertapak dalam pekikiran masyarakat yang selalu disponsori oleh negara-negara barat.

Zaman modern yang diagung-agungkan saat ini telah menghipnotis umat manusia dipelanet bumi, terutama kaum remaja untuk menurut tuntutan zaman dan meng-iakan gaya hidup yang diekspos sebahagian besar negara maju yang konon katanya lebih kekinian.

Berdasarkan hasil penyelidikan badan bebas yang berpangkalan diAmerika Serikat Mayo Foundation of Medical Education and Research, terhadap moral dan resiko remaja berusia antara 15 hingga 24 tahun tidak terlalu menonjol pada awal 1990-an

Bagaimanapun, peningkatan berlaku selepas tahun 2000 dengan jumlah 132,000 kasus direkodkan diseluruh dunia, antara puncanya ialah tekanan perasaan, kemurungan, trauma, pengasingan dan kekecewaan.

Kejadian turut mengkaitkan perubahan sosiobudaya, ekonomi maupun penarapan tinggi oleh institusi pendidikan menjadi punca remaja semakin tertekan dan gagal menyesuikan diri.

Bunuh diri kerap dilakukan berawal dari kemurungan, pengasingan, pengaruh narkotika dan alkohol, tekanan seperti ibu bapa atu dikecewakan oleh orang yang dicintai.Yang lebih megejutkan lagi negara Jepang mengalami pneningkatan kasus bunuh diri yang meningkat dengan tajam berbandiang Amerika tahun-tahun kebelakangan ini.( berita harian Malaysia, 25 februari 2008 B 6).

Kedangkalan jati diri untuk jadi diri sendiri serta tipisnya nilai-nilai spritual membuat sebagian besar kaum rermaja tidak dapat bertahan hidup.

Saatnya generasi muda untuk bangkit, bangun dari ketidaksadaran untuk merenung kembali keadaan zaman dimana kita berpijak saat ini. Kita telah terperangkap dalam lingkaran kata-kata yang semu dan tidak bertanggung jawab, membangga-banggakan perkara yang sepatutnya kita merasa sedih dan terhina. Meskipun beragam pandangan telah diketengahkan bermacam-macam pelabelan yang mencatat zaman sekarang adalah zaman kemajuan atau yang lebih mudah dipahami, zaman yang sarat dengan kegemilangan. Tapi dimana letak perbedaannya dengan zaman kegelapan (Dark Age) ketika kita sama-sama megamalkan pebuatan yang sama. Persamaan tampak lebih jelas terlihat ketika pakaian yang seksi, menonjolkan bahagian tubuh dijadikan trend remaja saat ini begitu bangga mepamerkan kesilapan pandangan yang gagal untuk menjadi genersi maju bahkan sebaliknya telah megngembalikan jaman kegelapan yang indentik dengan kebodohan dan cara berpakaian yang ditutupi dengan daun dan kulit binatang dikeringkan yang intinya tidak dapat menutupi aurat dengan sempurna. Dan itu yang menjadi kebanggaan remaja saat ini, kesalahan persepsi ini perlu untuk direnung kembali keabsahannya. Kalalu dulu perpakaian yang demikian mungkin dianggap wajar-wajar saja karna belum mengenal erti moral dan etika. Tapi sekarang menjadi pertanyaan ketika amalan yang sama dilakukan dalam arus waktu yang kian menderas dalam kemajuan ilmu pengetahuan dan peradaban.

Berdasarkan laporan dari harian kosmo terbitan 22 februari edisi Malaysia ”pakaian yang seksi merupakan salah satu fektor mendorong geja pemerkosaan dan zina dikalangan remaja”.

Sejarah membuktikan lagi bagi membantah kebanyakan pandangan sempit dalam menginterpretasikan keadaan saat ini, mengatakan; zaman sekarang zaman kemajuan yang sarat dengan simbol-simbol hak asasi dan demokrasinya ternyata tidak ada bedanya dengan zaman jahilia yang dikemas kini atau lebih tepatnya disebut ’jahilia modern’. Yang mana remaja banyak terjebak didalam lingkaran kata kemodern-nan itu, tidak ragu-ragu untuk menangalkan peranan nilai budaya, dan agama yang menjadi garis panduan hidup. Mari kita melihat kebelakang belajar dengan lembaran sejarah supaya dapat menemui identitas zaman yang katanya jauh lebih maju dan kekinian.

Dimasa pemerintahan kukubesi Ramses II atau yang lebih dikenal dengan sebutan Fira’un. Zaman yang tidak mengenal moral dan etika, ketika ribuan anak lelaki merenggang nyawa secara paksa semua orang memberikan garis hitam bahawa zaman itu adalah hancurnya beradaban.

Kemudian satulagi catatan sejarah yang mengherankan semua orang yang membacanya dan tidak ragu-ragu untuk mengucapkan kata-kata ’bodoh’, zaman itu lebih populer dengan zaman jahilia. Juataan anak perempuan ditanam hidup-hidup tanpa ada perasaan kasihan apalagi untuk meratapinya, alasannya sederhana ”kerana malau”.

Sedangkan zaman sekarang semuanya disapu bersih baik anak lelaki mahupun perempuan semuanya dibunuh dengan kekejaman ’tanggan-tangan syaitan Aborsi’. Hampir setiap hari berita mengulas tentang bayi yang dibuang tempat pembuangan sampah. Sungguh menyedihkan.

Tahun lalu media shanghai mengulas kira-kira 80 persen pelanggan disebuah kelinik pengguguran dikota itu adalah remaja. Perubahan dapat dilihat dengan nyata pada awal 1980-an, pasangan yang berpegang tangan akan menjadi renungan masyarakat tetapi kini tidak menjadi perdebatan lagi, dianggap biasa-biasa shaja.

Pakar isu seks di Akademi Sain Sosial, Li Yinhe, berkata kajian menunjukkan 60 hingga 70 persen warga China pernah melakukan hubungan seks sebelum menikah, meningkat 15 peratus berbanding 1989.

Sikap juga berubah terutama dikalangan mereka yang lahir pada 1980-an.

(Sumber dipetik dari harian metro edisi Malaysia, 5 Mac 2008)

Inilah punca kegagalan remaja dalam mempertahankan moral, perubahan dari semasa kesemasa tampak jelas, terus menjebak kaum remaja.

Berdasarkan gambaran singkat diatas cukup jelas untuk direnungi, dan mengikis pandangan yang salah hakikat dari kemodern-nan dan kemajuan yang menjadi kebanggaan remaja umumnya. Sudah saatnya untuk mulai menukar persepsi yang salah dan berfikir lebih cemas terhadap kepupusan generasi mungkin itu lebih baik.

Banyaknya kasus-kasus disebut diatas merupakan bagian kecil diantara sekian banyak kasus yang terselubung membelenggu kaum remaja. Jelas tidak cukup hanya menggelengkan kepala dan mengusap dada sebagai bentuk ungkapan prihatin terhadap tingkah laku remaja saat ini. Memberikan tindakan yang positif dalam memberi solusi untuk memecah sandi-sandi ketidakberdayaan remaja dalam menghadapi cabaran zaman, itulah yang sangat diharapkan oleh mana-mana pihak.

Berdasarkan pendekatan teori REBT (rational-emotive behavior trhapy)

terhadap remaja beresiko

REBT menekankan bahawa emosi dan perasaan yang terganggu adalah hasil dari pada pemikiran dan idea manusia. Elis percaya bahawa gangguan emosi yang dihadapi manusia adalah disebabkan idea yang tersilap atau tidak logik tentang sesuatu situasi. Oleh kerana bisa dikatakan semua individu ingin bergembira baikpun didalam kehidupan pribadinya atau karirnya, emosi menggangu kebahagiaan individu ini biasanya dianggap sebagai tidak sesuai atau merosakkan diri.

Terdapat emosi yang sesuai kerana ia menolong manusi mendapat apa yang dimahukan dan megelak apa yang tidak diperlukan. Contoh emosi yang sesuai ialah gembira, senang hati, sayang, rasa ingin tahu, sedih, menyesal, kecewa dan tidak tidak gembira. Emosi seperti marah, murung, bimbang, menyalahkan diri sendiri dan merasa tidak berguna adalah tidak rasional karna bukan saja ia menyebabkan individu merasa tidak gembira dengan diri sendiri tetapi juga menyebabkan ia terasing dari pada orang lain. Oleh itu kaunselor REBT cuba membantu keliennya mendiskriminasi antara perasaan yang sesuai dan tidak sesuai serta meningkatkan emosi yang sesuai dan mengurangkan atau menghilangkan emosi yang tidak sesuai.

Seperti kasus yang terjadi belum lama ini menimpah pelajar umur 12 tahun, nekat melakukan tindakan bunuh diri untuk menamatkan nyawanya kerana tidak dapat memenuhi permintaan ibu bapa untuk mendapat nilai 5A mata pelajaran.

( berita harian edisi Malayisa, 25 feb 2008).

Kasus yang terjadi diatas berpunca dari ppemikiran yang tidak rasional, merasa tidak berguna sehingga terfikir untuk apa mempertahankan hidup.

Elis (1962) sebelas pemikiran yang tidak rasional menyebabkan individu melakukan tindakakan diluar kewajaran.

1-Individu merasa perlu untuk dikasihi atau sisayangi oleh setiap orang yang signifikan. Jika ini merupakan tuntutan diri yang utama maka ketiaka tidak terpenuhi individu merasa ia tidak perhatikan ibu bapa akhirnya mencari solusi dan perhatian orang lain.

2- Adalah perlu seseorang itu lengkap, cekap dan sukses jika ia ingin merasa ia orang yang berguna dan diharggai. Ketika tujuan keberhasilan yang diimpikan itu kandas, maka ia akan berakhir dengan parasaan rendah diri merasa hidup tiada erti.

3- Sesetengah orang adalah jahat, dan kejam dan orang begini patut disalahkan dan dihukum. Persaan menyalahkan orang lain terus-menerus adalah bentuk emosi yang tidak stabil, merasa tidak dihargai, mengangap orang lain tidak pandai menghargi parasaannya. Persaan seperti ini menyebabkan individu jadi pendiam dan mengurung diri.

4- Adalah terpuruk dan malang apabila sesuatu yang diharapkan terjadi tidak seperti yang diharapkan. Contoh seperti kasus bunuh diri diatas.

5- Perasaan tidak bahagia. Perasaan ini muncul melalui persepsi yang negatif terhadap diri sendiri ketika ditinggal orang yang dicintai, kurangya kasih sayang ibu bapak. karna perasaan tidak bahagia akhirnya salah mengambil tindakan, seperti mengkonsumsi narkoba, alkohol, bunuh diri dan lainnya.

6- Jika sesuatu itu merbahaya dan merosakkan individu sepatutnya selalu mengambil berat dan memikirkannya. Umpamanya selalu memikirkan orang yang kita cintai telah pergi untuk selamanya. Ini merupakan idea yang tidak rasional.

7- Lebih senang lari dari kesulitan dan tanggung jawab dari pada menghadapinya. Individu yang lemah daya tahan dalam berhadapan dengan masalah, sering kali memutar belitkankan kenyataan daripada menghadapinya.

8- Kebergantungan terus menerus terhap orang lain selin individu sendiri termasuk ibu bapa, saudar, kawan dan lainnya. Ketika individu dalam kesorangan merasa tidak dapat berbuat apa-pun termasuk mengambil keputusan. Perkara seperti ini akan mendatangkan reaksi negetif terhadap penilaian kepada diri sendiri.

9- Pengaruh pristiwa masa lalu. Mungkin sukar melupakan pengaruh dimasalalu tetapi ia tidaklah mustahil untuk mengubahkannya seperti pecandu alkohol. Masa lalu bukan satu alasan untuk tidak bisa merobah sikap.

10- Individu sangat megambil berat dan merasa susah hati dengan masalah orang lain. Individu sering kali terlalu memikirkan masalah orang lain sementara ia melupakan masalah dirinya sendiri.

11- Selalu ingin setiap masalah diselesaikan dengan sempurna. sedangkan tak setiap masalah boleh diselesikan dengan sempurna.

Sebelas pemikiran yang tidak rasional disebutkan itu merupakan punca yang mengganggu keluasan berpikir dan kebenaran persepsi, ia menimbulkan problem dikalangan remaja serta mengancam daya tahan dan semangat juang untuk terus bertahan hidup menjadi generasi sebagai mana yang diharapkan.

KAUNSELING KELUARGA

Kalau dulu kita perna membicarakan tentang kaunseling kelompok dan kaunseling individu mungkit anda akan sedikit terngangah ketika berbicara kaunseling keluarga yang mana ibu bapa bertindak sebagai kaunselor dan anak-anak menjadi klien. Ini bukanlah suatu perkara yang baru dan tidak mengherankan kerana ibu bapa sememangnya menjadi penasihat terhadap anak-anaknya hanya sahaja mungkin yang kerap kali dipakai dalam kelurga selam ini belum begitu sistematik dan terarah. Disini kita akan melihat bagai mana cara-cara mengimflikasikan teori REBT dalam kaunseling keluarga yang lebih menitik beratkan pada peoses cara berfikir positif untuk antisipasi terhadap moral dan resiko remaja, sudah tentu kita akan mulai pembahasan dari akar persoalan itu sendiri,ialah keluarga

TEKNIK KAUNSELING KELURGA

Perancangan prasesi, sebelum sesi kaunseling dimulai untuk mengadakan perbincangan dengan klien (anak remaja anda sendiri) anda sebagai kaunselor (orang tua) harus menyemak isu-isu terbaru, terhadap isu yang mempengaruhi pemikiran remaja. Dalam kaunseling kelurga ini kaunselor sedikit menemui kesulitan terhadap masalah yang sedang dan akan dihadapi oleh klien. Kerana sedikit sekali anak-anak remaja bisa berbagi perasaan dengan ibu bapak mereka. Umumnya remaja selalu menutup diri diri apa yang dikerjakannya diluar rumah. Remaja lebih sayangkan kawan dari pada ibu bapak mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawannya. Sekiranya hubungan anda dengan anak anda kurang baik, satu-satu jalan menyelesaikannya adalah memperbaiki diri mungkin ada prilaku yang kurang ia senangi terhadap anda. Jangan perna melabel anak remaja anda jahat apabila perkara ini berlaku tidak mustahil anak remaja anda mempercayai mereka sejahat dan senakal yang dilabelkan ibu bapaknya. Dalam kaunseling keluarga, kita akan mengambil jasa pihak ketiga untuk membantu mengetahui perkembangan dan masalah yang sedang dihadapi klien.

Pertama, Meminta informasi terhadap perkembangan anak remaja anda dengan teman dekatnya. Dengan mengadakan perbincangan secara rahasia dan tidak mencurigakan. Untuk mendapatkan informasi-informasi seputar masalah yang mereka hadapi.

Kedua, memeriksa buku harian, Hand phon, e-mail dan lainnya.

Ketiga,Lingkungan tempat ia bergaul seperti sekolah, club olahraga, dan dimana Tempat ia selalu menghabiskan waktu-waktunya.

Dan keempat, lihat dan perhatikan perubahan sikap dari hari ke hari. Dengan demikian orang tua dapat mengontrol tingkah laku anaknya serta dapat megetahui secepatnya masalah yang sedang menimpah mereka.

Kenyamanan klien

Meskipun terhadap anak kita sendiri ketika akan mengadan perbincangan buatlah suasan yang menyenangkan. kenyamanan berperan penting dalam membantu apa yang kita bincangkan boleh diterima dan dipahami oleh anak remaja anda. Seperti mengajak ia berlibur menikmati keindahan laut disitulah kita sempatkan pembicaraan sekurang-kurangnya 30 minit. Perbualan Jangan terlalu lama akhirnya jadi membosankan klien.

Nada suara

Setiap kalimat yang dilepas dalam pertuturan haruslah teratur jangan selalu manyalahkan dan meragukan kemampuannya dengan arti kata tidak menunjuk ajar tetapi memberi pandangan sedikit lebih jauh untuk berperasangka positif, mengenal permasalahan yang sebenarnya. REBT percaya perkataan yang teratur berperan penting dalam membantu klien memahami masalahnya. Trapis memberi perhatian khusus kepada corak bahasa kerana bahasa membentuk pemikiran dan pemikiran membentuk bahasa. Hindari perkataan yang membuat kelian anda tertekan akhirnya bimbang untuk menentukan sikap bantulah ia untuk mengenali dirinya sendiri dan berkongsi perasaan yang sedang ia hadapi. Sambil membuang cara berfikir yang tidak rasional menjadi rasional.

Mengimplikasikan teori REBT dalam kaunseling keluarga

Langkah pertama ialah menunjukkan kepada anak remaja anda yang lagi dalam masalah bahawa ia tidak logik, menolongnya memahami bagaimana dan megapa ia jadi begini. Kaunselor (orang tua) menunjukan hubungan antara yang tidak rasional dengan gangguan emosi yang dialami hinga klien (anak anda) merasa tidak akan hidup bahagia dengan berbuat demikian. Seperti memberi contoh penghidu narkoba yang tidak punya masa depan dan akhirnya mati menyedihkan atau orang yang terus menerus murung akhirnya nekad bunuh diri. Degan berbuat demikian klien menjadi sadar keadaan yang dihadapi untuk memperbaiki fungsi gangguan emosi. Tambahkan pula celik akal yang diperolehi dapat menolong klien mengurangkan rasa tidak berdaya dan sedih dengan menunjukkan kepada dia bahawa ia bukan mangsa kepada kuasa luaran tetapi ia boleh mengawalnya. Celik akal ini juga menghala anak anda untuk memahami hubungan antara nilai, sikap dan kata-kata seperti,’ sepatutnya’, ’seharusnya’ dan ’semestinya’.

- Sepatutnya kamu jadi ornag pandi, sepatutnya aku tidak seperti ini.

- Seharusnya kamu tidak mengecewakan orang tua, seharusnya aku mendapatkanya.

- Dan semestinya begini, semestinya begitu.

Sikap atau persefsi seperti ini menjadi ide yang tidak rasional ketika kata-kata sepatutnya, seharusnya, dan semestinya menjadi tolak ukur dalam kehidupan lalu ia membebani perasaan individu dalam menentukan sikap.

Peraanan yang diambil kaunselor (orangtua) terhadap anaknya perlu menerima maklum balas dan memberi penilaian yang lebih positif bukan saja ketika ia berhasil tetapi ketika ia gagalpun orang tua menerimanya. Tidak terlalu membebani setiap perkara yang ia lakukan dengan sepatutnya, semestinya, dan seharusnya.

Langkah kedua

Ialah menolong klien (anak anda) mempercayai bahua kepercayaan seseorang boleh digugat dan diubah. Ini membenarkan seorang anak menerka pemikirannya secara logik dan menentukan jika pemikiran ini sesuai, menyenangkan atau yang dapat mendatangkan ketidak nyamanan dalam hidup. Strategi mempertikaikan ini dengan metod menyoal dan menentang kebenaran idea yang dipegang klien tentang dirinya, atau orang lain dan dunia. Seperti mengangkap pakaian seksi trend masakini, penghidu narkoba itu gaul, pergaulan bebas lelaki dan prempun dianggap biasa dan lainnya. Peranan kaunselor (ibu bapa) terus menggugat terhadap pandangan dan keyakinan yang diangap salah tersebut dengan berterusan. Melalui peroses ini ibu bapa (kaunselor) coba mengajar anaknya mempertikaikan sendiri cara ia berfikir supaya ia dapat mencapai tujuan berfikir secara rasional dan efektif dengan sendiri (bebas dari pengaruh luar dirinya).

Langkah terakhir

Peranan ibu bapak melibatkan menolong anaknya pergi lebih dari mengguga idea yagn tidak rasional iaitu mengindoktronasikan semula secara rasional seperti membina falsafah hidup yang lebih bermakna untuk mengelak menjadi mangsa pemikiran yang keliru. Langkah seperti ini lebih baik jika sejak kecil telah ditanamkan kapada anak-anak. Strate gi ini menolong seorang anak menghilangkan emosi negatif yang menggangu , dan tingkah laku yang merusak. Jangan sampai anak itu menemukan falsafah hidupnya dari orang yang tidak bertanggung jawab akhirnya menemui kehancuran.


KONSEP PENDIDIKAN

DI MALAYSIA

Oleh: Ronn. M. Noor

”Kejayaan sebuah negara banyak bergantung kepada syistem pendidikan kerana ia merupakan wadah yang terpenting dalam menjayakan pembangunan modal insan, pembangunan dan pembangunan negara. Nilai peranan dan sumbangan syistem penididkan kita”.

Pendidikan menjadi tolak ukur kejayaan dan kemunduran suatu bangsa

Matlamat pendidikan negara dapat ditafsirkan sebagai usaha yang komfrehensif dan berterusan unutuk melahirkan individu yang berketerampilan, seimbang dan bersepadu, baik disegi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Tujuna pendidikan dalam suatu negara tidak lain ialah untuk menjadikan generasi suatu bangsa berilmu pengetahuan dan berfikir kreatif dan rasional, berupaya memberi sumbangan kearah memakmurkan masyarakat dan negara.

Suatu negara atupun masyarakat selalunya mempunyai ideal tentang bentuk hidup untuk negara mahupun masyarakat berkenaan. Ini dapat dilihat dari pada beberapa segi seperti aktiviti-aktviti seharian, syistem kepercayaan, perhubungan diantara ahli dalam masyarakat, nilai terhadap sesuatu termasuk diri sendiri dan reaksi kepada sesuatu tindakakan akhli-akhli masyarakat itu. Dunia ini yang penuh dengan cabaran yang boleh mendatangkan bahaya pada diri dan mungkin menghapuskan kehidupan seseorang. Oleh itu pengetahuan dan kemahiran mengambil suatu tindakan dalam keadaan yang mencabar itu penting sekali.

Pengetahuan dan kemahiran sangat penting masyarakat dalam suatu negara selalu berada dalam cabaran, dimana pertarungan dan pertahanan untuk terus terus terjadi.

Kemajuan aliran-aliran dalam teknologi

Pendidikan menjayakan pembangangunan sumber daya manusia

Bahaya yang terbesar dihadapi umat manusia zaman sekarang bukanlah ledakan bom atom tetapi, ’ledakan’ perubahan fitrah manusia. Unsur kemanusian dalam diri sebenarnya yang sedang mengalami kehancuran sedemikian cepat hingga yang tercipta sekarang ras-ras buakan manusia tetapi mesin bertubuh manusia.

Peroses pendidikan ialah untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang. Dari sini pula akan melibatkan perkembangan unsur intelek, jasmani dan emosi, adalah untuk membentuk individu yang seimbang dalam menempatkan kehidupan.

Pembangunan diri insan dapat didefenisikan sebagai suatu peroses pembentukan individu manusia yang berlaku secara sengaja dan sistematis yang mencakupi pengambelengan seluruh aspek potensi diri insan sama ada secara fisikal, rohani, emosi dan intelek secara padu ke arah pemantapan diri bagi melahirikan manusia sempurna dan seimbang yang mengenali diri dan memahami erti kehidupan yang sebenar serta mampu kembali kepada hakikat kejadian asal manusia, ialah mengabdi ke pada tuhan sekaligus kualiti kepimpinan cemerlang.

Dimensi instrik adalah dengan melihat bahawa pendidikan adalah bagi melahirkan indivdu yang mempunyai kepercayaan kepada tuhan, patuh kepada ajaran agama disamping memiliki pengetahuan dan keterampilan. Serta bertanggung jawab terhadap hidup yang dijalani dan berakhlak mulia.

Usaha bagi membentuk generasi mempunyai keperibadian dan akhlak yang tinggi. Ini adalah matlamat dari pendidikan yang sebenarnya.

Selain dari pada penekanan terhadap pembentukan moral dan intelektual, Pendidikan pula mejadi perintis dalam pembentukan kemajukan pembagunan untuk mencapai kejauyaan suatu bangsa.

Dimensi sosial pula dengan melihat bahawa pendidikan adalah bagi melahirkan individu yang mampu memberi sumbangan dan perobahan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. Dengan adanya penidikan, ia dijadikan teras kearah melahirkan dan menjayakan modal insan. Pembangunan diri insan adalah mendasari pembangunan kehidupan manusia itu sendiri yang seimbang , sepadu secara mental, fisikal, dan spritual. Dari sinilah menentukan kesejahteraan pembangunan negara dan ummah. Pembangunan yang semata-mata merujuk kepa fisikal atau material tidak akan menjamin kelangsungan tamadun manusia, sebaliknya akan diakhiri dengan kegagalan. Kerana tidak ada kemampuan daya tahan mahupun jati diri lantaran kehilangan komponen penting iaitu jiwa murni, keimanan dan konsep ketuhanan yang menjadi terasnya.

Peranan pendidikan dalam membangun negara

Kemungkinan besar yang individu itu tidak diberikan peluang bagi mengubahkan keadaan sediah ada. Keadaan ini dirasakan dapat diarasakan keranan perkembangan manusia dan peradaban bergantung pada pembaharuan dan pengubahan oleh ahli-ahli dalam masyarakat itu. Jika ahli-ahlinya di didik bagi hanya menuyesuaikan diri dan tidak mengarah kepada perubahan maka masyarakat itu akan menjadi statik. Sebenarnya apa yang dikehendaki oleh pendidikan mazhab pembangunan ialahah membangkitkan persaan peka dari pada individu terhadap keadaan masyarakat dan tuntutan keadaan zaman.

Perubahan kepada kecemerlangan suatu bangsa mestilah perobahan dari masyarakatnya terlebih dahulu. Dari sinilah penidikan mempunyai peranan penting dalam kemajuan membangun negara.

Sebenarnya apa yang dikehendaki oleh penididkan mazhab pembangunan semula masyarakat ialah kurikulum yang dapat membangkitkan perasaan peka dari indiuvidu terehadap keadan masyarakat dan perobahan sekitarnya. Perasaan Individu terhadap perobahan dapat mendorongkan generasi mencari jalan bagi mengubah dan membawa pembaharuan kepada masyarakat itu sendiri. Jadi pada dasarnya pendidikan itu membangun semulan masyarakat terhadap perubahan-perobahan yang berlaku baik dalam nasyarakat itu sendiri mahupun perubahan yang dikendalikan oleh dunia.

Perkembangan dunia dalam pelbagai aspek terutama dalam sudut ekonomi, sosial, politik dan teknologi perlu sentiasa diikuti. Semua pihak perlu sentiasa membuat environmental scanning bagi mengenal pasti keperluan-keperluan terkini dari pelbagai dimensi. Bidang pendidikan perlu sentiasa mengaenal pasti indikator-indikator asas yang berkaitan sistem penidikan bagi menuju suatu peningkatan dan kemajuan negara.

Kegagalan sistem pendidikan dalam membangunkan tenaga manusia secara strategik bukan sahaja akan merugikan negara malah akan menggugat kedaulatan negara terutama nilai-nilai dan etika yang tinggi serta semagat patriotisme yang kukuh kesemuanya tidak akan terjamin akan kelangsungannya jiga generasi selanjutnya gagal dibina. Kebanyakan negara-negara maju adalah hasil dari kejayaan mengatur langakah membangunkan sumber daya manusia yang ada dalam suatu negara tersebut dengan strategik dan futuristik.

Alam sekeliling dan masalah yang berkaitan dengan fenomena alam wujud dalam suatu bentuk yang bersepaduh dan saling berkaitan. Sesuatu fenomena tidak akan dapat dipahami tanpa peranan pendidikan, oleh keranan itu pendidikan begitu penting dalam pembangunan suatu bangsa.

Peranan dan sumbangan pendidikan di Malaysia

Dasar penidikan kebangsaan adalah satu pernyataan yang bermatlamat mengenai sistem penididikan kebangsaan ini dalam konteks negara Malaysia. Dasar pendidikan kebangsaan ini dalam konteks negara Malaysia menjadi amat perlu memandang rakyat yang berbilang kaum dan keturuan disamping mempunyai nilai dan budaya yang pelbagai. Usaha penyatuan pelbagai kaum dan keturunan, perkara ini dapat terlaksana diantaranya dengan pendidikan.

Penidikan merupakan salasatu daripada mekanisme penting negara dalam mencapai wawasan 2020. Usaha kearah ini memerlukan tenaga dan kepakaran dipelbagai peringkat pengetahuan dan kemahiran dengan penuh disiplin ilmu serta ketinggian etika. Melalui sistem pendididkan keperluan tenaga serta kepakaran dapat diwujud.

Umumnya sistem pendidikan dinegara ini baik jika dilihat daripada pelbagai sudut yang asasnya ialaha bahawa negara ini sedang membangun dengan rakyatnya terdiri daripada beragam kaum (China, India dan Melayu). Keunggulan sistem pendidikan Malaysia terbit setelah melalui peroses kajian demi kajian yang dilakukan diikuti pula dengan pengubah suaian . Akta Pendidikan 1996 adalah yang terakhir tentang dasar pendidikan negara keunggulan dan kemantapannya memang tidak boleh dinafikan. Yang telah banyak melahirkan cendikiawan, saintis dan pakar dalam pelbagai lapangan pengaetahuan.

Kepesatan perkembangan dalam bidang teknologi khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah yang paling banyak memberi kesan kepada perkembangan semasa selain daripada politik dan ekonomi. Aliran mega selepas 2000 mengikut Nasibitt iaitu masyarakat berinformasi, terknologi tinggi, ekonomi dunia, perancangan strategik, sentralisasi kepada desentralisasi, pertolongan kendiri, demokrasi penyertaan, penyususnan secara rangkaian (networking), kepelbagai opsyen dan ajakan demografi kini ternyata telah menampakkan kebenarannya. Keadaan perubahan seperti ini akan berterusan dengan cabaran-cabaran baru yang sebahagiannya diluar dugaan.

Peranan pendidikan di Malayasia dalam menjayakan wawasan 2020 bagi menangani cabaran globalisasi yang lebih besar. Sembilan cabaran didalamnya melibatkan aspek-aspek utam ialah: perpaduan rakyat, pembentukan jiwa rakyat, demokrasi dan kematangan, kekukuhan ciri-ciri moral dan etika, sifat liberal dan toleran, fikiran saintik dan memamfaatkan teknologi, budaya penyanyang, keadilan dalam ekonomi dan persaingan, sifat dinamis, tangkas, dan ketinggian daya tahan.

Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan 10 tahun (2001-2010) secara umumnya mengesyorkan sedikit perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia.

(Kementerian pendidikan Malaysia 2000).

Antara lain dalam pelan tindakan tersebut sistem Pendidikan P-12 dilaksanankan pada tahun 2005 bagi menggantikan sistem persekolahan semasa.

Struktur persekolahan baru-baru ini adalah bagi meningkatkan akses kepada penidikan, ekuiti dalam pendidikan, kualiti pendidikan dan tahap kecekapan serta keberkesanan pendidikan.

Penekanan lain dalam sistem pendidikan Malaysia dalam kurikulum abad ke-21 ialah dalam aspek kreativiti. Aktiviti dan kreativiti termasuklah berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan. Sasaran pendidikan yang di sasarkan memberi galakan kepada pelajar dan meningkatkan aktiviti-aktiviti yang memerlukan pemikiran kreativ.

Sistem pendidikan selama ini khususnya di Malaysia, terlalu mementingkan kecemerlangan akademik sehingga membuat pelajar-pelajar mengabaikan aspek-aspek yang buakan akademik sewaktu berada disekolah. Akibat dari pada itu sekolah-sekolah telah melahirkan lulusan-lulusan berilmu tapi kosong di beberapa segi, seperti kesetiaan kepada negara, bertolak ansur, rasa ingin membantu dan mempunyai semangat kejiranan yang kurang peka.

Memang benar apa yang dikatakan oleh para pendidik bahawa keadaan yang wujud dalam suatu masyarakat, kemunduran atau kemajuan suatu bangsa disebabkan oleh sejauh mana peranan pendidikan di dalamnya.

Rujukan: (Falsafah Pendidikan dan Kurikulum/Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman/Quantum Books, perak)