Jumat, 20 Mei 2011

STRATEGI MEMBACA EFEKTIF


Strategi membaca efektif

Iqro’ (bacalah). Membaca bukan sebatas menukar hurup menjadi bunyi atau hanya sekedar merangkai ayat menjadi kata melainkan proses komunikasi antara penulis dan pembaca. Dengan demikian pengetahuan dapat dipindahkan. Strategi membaca merupakan disiflin pengetahuan penting untuk difahami. Para pengkaji menghubungkan proses membaca dengan berpikir, kedua-dua perkara ini tidak dapat dipisahkan. Kebanyakan pembaca mempunyai kemampuan membaca teks tetapi gagal untuk menangkap maksud yang disampaikan penulis.

Definisi membaca dimaksudkan untuk memperoleh tafsiran yang bermakna dari lambang-lambang bertulis. Smith & Johnson (1980) menegaskan, pembaca yang berkesan ialah wujudnya interaksi antara pembaca dengan mesej yang disampaikan penulis. Pembaca memerlukan tiga aspek penting bagi tujuan memperoleh interaksi dengan teks:

1. Mebuat jangkaan.

2. Mengaktifkan daya fikir.

3. Memahami teks dalam tulisan.

4. Menganalisis teks bagi memahmi maksud tulisan.

Membaca bukan hanya memahmi makna ayat tetapi menghadirkan maksud yang ditulis oleh penulis. Dimulai dengan mengenal pasti perkataan dengan isyarat yang berbagai seperti konteks, analogi, sintaksis, semantic, bentuk hurup, tanda baca dan format tulisan. Perkara ini terkadang tidak begitu diperhatikan oleh sipembaca. Sebagaimana dikatakan Chomsky, pembaca yang baik dapat mengenal struktur gramatis dalam bahasa dengan itu wujud pemahaman teks yang dibaca.Kemahiran membaca yang baik iaitu memiliki kemampuan mengenal dan memahami perkataan, pengetahuan perbendaharaan kata serta kelancaran dalam membuat penafsiran ayat-ayat ketika membaca. Kurangnya pemahaman terhadap makna ayat-ayat dan maksud perkataan dapat mengurangkan kefahaman pembaca. Oleh karena itu ditekankan kepada pembaca keupyaan umum terhadap pengertian kalimat. Apabila banyak perkataan yang tidak diketahui maknanya ia dapat menyukarkan pemahaman terutama sekali ayat yang mempunyai maksud yang berbagai. Pembaca yang berkesan mempuyai ciri-ciri:

1. Peran aktif, menilai secara luaran perkara yang dibaca.

2. Partisipasi , memahami dengan jelas isi bacaan.

3. Mesintesis, membentuk imej atau ide-ide ketika memaca.

4. Membuat keputusan, mengaitkan isi bacaan dengan pengalaman atau pengetahuan yang ada sehingga membentuk kesimpulan pemahaman.

Beberapa persoalan sering timbul terhadap pembaca, antaranya berkaitan dengan kefahaman sipembaca dengan isi bacaan. Kefahaman ini berkait erat dengan pengalaman atau keluasan pengetahuan seorang pembaca. Pembaca yang baik dapat menyatakan semula kandungan teks yang dibaca dengan jelas baik secara lisan atau tulisan. Untuk mengingat semula kandungan teks. Dalam hal ini maka ia merujuk kepada sejauh mana strategi yang digunakan pembaca ketika membaca bagi mengingat kandungan teks.

Teknik-teknik membaca

Konsep teknik membaca berkaitan dengan cara yang dilakukan oleh seorang pembaca ketika membaca untuk memahami bacaan. Adapun teknik-teknik tersebut meliputi;

Top-down model (model atas ke bawah). Goodman (1967, 1970) memfokuskan peranan pembaca dan bacaannya liner tetapi bergerak dari atas ke bawah. Teknik ini menekankan membaca dengan menggunakan pengertian bahasa bagi meramalkan teks dan mengurangkan kebergantungan pada cetakan teks dan bunyi bahasa. Pembaca digalakan membuat hipotesis kemudian membetulkannya dengan pemahaman yang disimpulakan dari isi bacaan. Menurut teknik ini:

1. peranan utama pembaca adalah mengawal keseluruhan informasi bacaan merujuk kepada pemahaman dan membuat kesimpulan bacaan.

2. Pembaca ditekankan banyak menggunakan pengetahuan yang ada dalam memahmi penjelasan teks.

Teknik membaca cara seperti ini lebih menekankan aspek-aspek berikut:

a) Pembaca sewaktu membaca teks dipandukan oleh makna sebelum mebuat kesimpulan.

b) Pembaca membuat kesimpulan setiap akhir paragraph persoalan.

c) Pembaca menjabar makna daripada teks bacaan bukan terkeluar dari teks bacaan.

c) Pembaca dianjurkan memahami tata bahasa dan makna kalimat lebih luas.

e) Mendekatkan pemahaman terdahulu dengan pembasan bacaan.

f) Memberikan idea-idea terhadap gugusan bacaan.

Bottom-up model (teknik bawah ke atas). Gough (1972,1985) menggariskan, peroses memabaca bergerak secara liner, iaitu dimulai dengan mebaca hurup, membuat kode pada tahap fonem, menagkap perkataan-perkataan dan akhirnya hubungan sintaksis dan semantik. Informasi yang baru diterima sebelum ditrasformasikan dalam pemahaman pembaca membuat pemahaman lebih dulu terhadap ayat, hurup, perkataan, frasa, klausa dan kalimat tulisan bagi mendapat makna teks. Berdasarkan teknik ini pembaca mulai dari unit terkecil sperti:

1. Mengenal hurup.

2. Memahami perkataan.

3. Memahami kalimat.

4 . Mencari makna yang tersirat dan tersurat dari kalimat.

Teknik interaktif. Model ini menurut pakar bahasa lebih perpengaruh dibandingkan model pertama dan kedua. Menurut Rumelhart, membaca adalah proses perseptual dan kognitif. Pembaca yang berkesan hendaklah mengguna informasi deria, semantic, pragmatic dan sumber inforamsi yang berbagai dari pengetahuan digunakan sewaktu membaca. Model ini menggunakan teks sebagai input dan makna sebagai output. Pembaca hendaklah ketika membaca membuat proses tanggapan dan proses kognitif ke atas teks bacaan.

Kesimpulan

Berdasarkan uraian berkaitan teks dan pembaca dapat dirumuskan ciri pemaca yang berkesan sbagi berikut:

a. Mengenal makna perkataan dan maksud kalimat dengan cepat.

b. Memahami format dan bentuk tulisan serta tanda baca dengan baik.

c. Dapat mengaitkan pemahaman bacaan dengan pengetahuan yang tersedia.

d. Menganalisa perkataan yang tidak biasa dan tidak difahami.

e. Mengenal fungsi gramatik perkataan sukar.

f. Memberi rumusan terhadap makna teks.

g. Membuat penilaian yang kritis dan penjabaran yang luas.

h. Bisa mengawal kefahaman tidak hilang kontrol ketika membaca.

i. Membuat ingatan jangka panjang terhadap isi bacaan.

j. Membuat strategi bacaan supaya mudah diinggat dan diterangkan semula.

k. Memahami bagian-bagian teks dengan jelas tidak samar.

l. Membedakan idea-idea dalam bacaan.

m. Berusaha mencari penjelasan ketika mendapatkan kesamaran dalam teks.

Rabu, 18 Mei 2011

Permasalahan Kanak-kanak Prasekolah


Berkaitan dengan permasalahan kanak-kanak merupakan isu yang sangat kompleks dan beragam baik dari aspek mental, fisiologi, emosi, tingkah laku sosial dan komunikasi.

Soalan demi soalan tentang motivasi dan tingkah laku sering menjadi isu penting yang harus diselesaikan terutama mengenai proses pembelajaran kanak-kanak hal ini dapat memberi kesan baik secara langsung atau tidak langsung ke atas masa depan kanak-kanak trsebut.

sebagaimana akan dijelaskan nanti untuk kita melihat sisi-sisi penting permasalahan, kerana dengan mengetahui persoalan maka kita dapat mengawalnya.

Kita mula dari institusi pendidikan yang ada di antranya ialah wujud ketidakseragaman dan pelaksanaan kurikulum prasekolah seperti:

1. Setiap agensi mempunyai matlamat, tanggapan, orientasi, keutamaan dan kemampuan yang tersendiri serta berbeza-beza dalam penggunaan bahasa pengantar, kurikulum, latihan ikhtisas, kelayakan akademik guru, gaji guru dan penempatan pelajar.

2. Objektif pendidikan prasekolah ditentukan oleh agensi yang mengendalikan prasekolah tersebut. Beberapa kajian menunjukkan matlamat, aktiviti dan juga cara pelaksaan prasekolah di Malaysia tidak seragam antara satu sama lain.

3. Latihan guru-guru prasekolah dan pendekatan pengajaran dan pembelajran kebiasaanya ditentukan oleh agensi yang menganjurkan prasekolah tersebut. (UNESCO, 2000).

4. Semua perbelanjaan seperti gaji guru, alatan pengajaran dan pembelajaran semua dibiayai oleh kerajaan. Sementara prasekolah persendirian diambil dari yuran yang dibayar ibu bapa.

5. Daripada segi lokasi sekolah, terdapat perbezaan yang ketara prasekolah persendirian dibandar lebih menekankan pada pencapaian akademik dan perkembangan kognitif, manakala prasekolah di luar Bandar lebih menekankan perkembangan sosial dan komuniti.


Adapun mengenai permasalahan yang sering didapati pada kanak-kanak ialah sering menunjukkan ketidakstabilan psikologi, perkara ini perlu diketahui supaya dapat menjadi pengan ibu bapa dan pendidik.

Hamzah (1996) menggariskan berbarapa tingakah laku kacau bagi kanak-kanak. Istilah ‘kacau laku’ dicipta untuk mewakili pelbagai bentuk tingkah laku yang tidak sesuai, perlakuan ini juga dikenal dengan ‘kenakalan’. Di Barat tinggakah laku sperti ini dinamakan (disruptive) atau ‘tingkah laku kacau’(disturbed). Ciri-ciri tingkah laku seperti ini:

1. Tidak mahu bekerja sama. Cotohnya, degil.

2. Agresi. Cotohnya, mengganggu dan menyakiti orang lain.

3. Sentiasa mahukan perhatian. Contohnya, mengada-ada.

4. Konsetrasi buruk . contohnya, enggan mengambil bahagian dan menyendiri.

5. Ketakupyaan mental. Contohnya, lembab.


Ciri-ciri kanak-kanak kacau laku dapat dibahagikan kepada dua bahagian sederhana dan serius.

Kanak-kanak yang sederhana kacau laku:

1. Lemah dari segi pencapaian akademik.

2. Lemah dalam hubungan antara manusia.

3. Lemah dalam konsep kendiri.


Kanak-kanak yang serius kacau laku:

1. Pendiam dan enggan berbual.

2. Pertuturan yang tak bermakna dan mengajuk cakap.

3. Tingkah laku perangsangan kendiri yang berlebihan seperti sentiasa menggawang-gawang tangan.

4. Tingkah laku pemusnahan kendiri seperti menghantuk kepala.

5. Kurang kemahiran mengemas diri dan menjaga kesihatan diri.

6. Enggan melayan seperti berpura-pura pekak atau buta.

7. Enggan menjawab soalan ujian.

8. Kemahiran antara manusia yang buruk dan berhati kering kepada orang lain.

9. Terlalu agresif tanpa provokasi.

10. Suka memusnah harta sendiri dan harta orang lain.

11. Gopoh dan hiperaktif.

12. Mencari perhatian daripada rakan dan guru.

13. Mudah terganggu.


Kanak-kanak sukar belajar terdiri dari beberapa jenis diantaranya ialah pelajar pangilan pencapai bawah (underachievers), pelajar lembam, pelajar lambat, murid benak (academically difficult) dan terencat akal. Selanjutnya kanak-kanak yang bermasalah kognitif dan yang bermasalah sosioemosi juga merupakan golongan sukar belajar. Secara amnya terdapat juga kanak-kanak yang normal mengalami gangguan pembelajaran seperti ini.

Ciri kanak-kanak sukar belajar:

1. Kelemahan bahasa.

2. Kelemahan mengira.

1. Kelemahan dalam metaingatan.


Kanak-kanak yang sukar belajar juga didapati rendah dalam konsep-kendiri, harga diri dan konsep kendiri akademik. Mereka tidak mempunyai dorongan dalaman dan harapan yang tinggi kepada prestasi belajar. Dari segi intraksi sosial pula kanak-kanak sukar belajar didapati mempunyai ciri-ciri:

1. Kurang popular.

2. Disingkir dalam pergaulan.

3. Tidak begitu menarik perhatian guru dan rakan.

4. Kurang kerap berinteraksi dengan guru dan rakan.

5. Datang dari golongan kelas sosioekonomi lemah.

6. Tidak peka kepada perasaan orang lain.

7. Tidak berupaya melihat dari sudut pandangan orang lain.

8. Tidak berupaya membaca isyarat sosial seperti ekspresi muka dan utauan tangan.

9. Tidak berupaya mentafsirkan perbezaan dalam nada suara semasa mendengar perbualan.


Ciri-ciri kanak-kanak berbakat ialah kanak-kanak yang bergeliga (giftedness). Banyak ahli-ahli psikologi meneroka tentang kecemerlangan manusia atau zat keinsanan yang menjadikannya superior dari manusia lain. penerokaan ini lebih dikenal dengan ‘geliga berpusat’. Kanak-kanak yang bergeliga (gifted children) ialah kanak-kanak yang mempunyai kepintaran cemerlang. Tingkah laku ini boleh disaksikan dengan hasil kepintaran penakulan dan penggunaan konsep-konsep abstrak. Kanak-kanak yang pintar-cerdas secara amnya mempunyai:

1. Keupyaan mental am superior.

2. Bakat istimewa.

3. Pencapaian kreatif tinggi.

4. Dorongan untuk belajar dan pencapaian.



Rohani Abdullah (2003) mendefinisikan terhadap kanak-kanak cerdas, menurut beliau kecerdasan merangkumi pengetahuan, kefahaman dan penakulan. Ujian yang dicipta menyamai kerja-kerja sekolah yang merangkumi ukuran perbendaharaan kata, kefahaman fakta-fakta dan pertalian serta penakulan matematik dan bahasa. Semua ujian tersebut merupakan kaedah mengukur perbezaan individu dalam kuasa daya fikir.


catatan; refrensi dan informasi data kajian ada pada penulis.