Rabu, 18 Mei 2011

Permasalahan Kanak-kanak Prasekolah


Berkaitan dengan permasalahan kanak-kanak merupakan isu yang sangat kompleks dan beragam baik dari aspek mental, fisiologi, emosi, tingkah laku sosial dan komunikasi.

Soalan demi soalan tentang motivasi dan tingkah laku sering menjadi isu penting yang harus diselesaikan terutama mengenai proses pembelajaran kanak-kanak hal ini dapat memberi kesan baik secara langsung atau tidak langsung ke atas masa depan kanak-kanak trsebut.

sebagaimana akan dijelaskan nanti untuk kita melihat sisi-sisi penting permasalahan, kerana dengan mengetahui persoalan maka kita dapat mengawalnya.

Kita mula dari institusi pendidikan yang ada di antranya ialah wujud ketidakseragaman dan pelaksanaan kurikulum prasekolah seperti:

1. Setiap agensi mempunyai matlamat, tanggapan, orientasi, keutamaan dan kemampuan yang tersendiri serta berbeza-beza dalam penggunaan bahasa pengantar, kurikulum, latihan ikhtisas, kelayakan akademik guru, gaji guru dan penempatan pelajar.

2. Objektif pendidikan prasekolah ditentukan oleh agensi yang mengendalikan prasekolah tersebut. Beberapa kajian menunjukkan matlamat, aktiviti dan juga cara pelaksaan prasekolah di Malaysia tidak seragam antara satu sama lain.

3. Latihan guru-guru prasekolah dan pendekatan pengajaran dan pembelajran kebiasaanya ditentukan oleh agensi yang menganjurkan prasekolah tersebut. (UNESCO, 2000).

4. Semua perbelanjaan seperti gaji guru, alatan pengajaran dan pembelajaran semua dibiayai oleh kerajaan. Sementara prasekolah persendirian diambil dari yuran yang dibayar ibu bapa.

5. Daripada segi lokasi sekolah, terdapat perbezaan yang ketara prasekolah persendirian dibandar lebih menekankan pada pencapaian akademik dan perkembangan kognitif, manakala prasekolah di luar Bandar lebih menekankan perkembangan sosial dan komuniti.


Adapun mengenai permasalahan yang sering didapati pada kanak-kanak ialah sering menunjukkan ketidakstabilan psikologi, perkara ini perlu diketahui supaya dapat menjadi pengan ibu bapa dan pendidik.

Hamzah (1996) menggariskan berbarapa tingakah laku kacau bagi kanak-kanak. Istilah ‘kacau laku’ dicipta untuk mewakili pelbagai bentuk tingkah laku yang tidak sesuai, perlakuan ini juga dikenal dengan ‘kenakalan’. Di Barat tinggakah laku sperti ini dinamakan (disruptive) atau ‘tingkah laku kacau’(disturbed). Ciri-ciri tingkah laku seperti ini:

1. Tidak mahu bekerja sama. Cotohnya, degil.

2. Agresi. Cotohnya, mengganggu dan menyakiti orang lain.

3. Sentiasa mahukan perhatian. Contohnya, mengada-ada.

4. Konsetrasi buruk . contohnya, enggan mengambil bahagian dan menyendiri.

5. Ketakupyaan mental. Contohnya, lembab.


Ciri-ciri kanak-kanak kacau laku dapat dibahagikan kepada dua bahagian sederhana dan serius.

Kanak-kanak yang sederhana kacau laku:

1. Lemah dari segi pencapaian akademik.

2. Lemah dalam hubungan antara manusia.

3. Lemah dalam konsep kendiri.


Kanak-kanak yang serius kacau laku:

1. Pendiam dan enggan berbual.

2. Pertuturan yang tak bermakna dan mengajuk cakap.

3. Tingkah laku perangsangan kendiri yang berlebihan seperti sentiasa menggawang-gawang tangan.

4. Tingkah laku pemusnahan kendiri seperti menghantuk kepala.

5. Kurang kemahiran mengemas diri dan menjaga kesihatan diri.

6. Enggan melayan seperti berpura-pura pekak atau buta.

7. Enggan menjawab soalan ujian.

8. Kemahiran antara manusia yang buruk dan berhati kering kepada orang lain.

9. Terlalu agresif tanpa provokasi.

10. Suka memusnah harta sendiri dan harta orang lain.

11. Gopoh dan hiperaktif.

12. Mencari perhatian daripada rakan dan guru.

13. Mudah terganggu.


Kanak-kanak sukar belajar terdiri dari beberapa jenis diantaranya ialah pelajar pangilan pencapai bawah (underachievers), pelajar lembam, pelajar lambat, murid benak (academically difficult) dan terencat akal. Selanjutnya kanak-kanak yang bermasalah kognitif dan yang bermasalah sosioemosi juga merupakan golongan sukar belajar. Secara amnya terdapat juga kanak-kanak yang normal mengalami gangguan pembelajaran seperti ini.

Ciri kanak-kanak sukar belajar:

1. Kelemahan bahasa.

2. Kelemahan mengira.

1. Kelemahan dalam metaingatan.


Kanak-kanak yang sukar belajar juga didapati rendah dalam konsep-kendiri, harga diri dan konsep kendiri akademik. Mereka tidak mempunyai dorongan dalaman dan harapan yang tinggi kepada prestasi belajar. Dari segi intraksi sosial pula kanak-kanak sukar belajar didapati mempunyai ciri-ciri:

1. Kurang popular.

2. Disingkir dalam pergaulan.

3. Tidak begitu menarik perhatian guru dan rakan.

4. Kurang kerap berinteraksi dengan guru dan rakan.

5. Datang dari golongan kelas sosioekonomi lemah.

6. Tidak peka kepada perasaan orang lain.

7. Tidak berupaya melihat dari sudut pandangan orang lain.

8. Tidak berupaya membaca isyarat sosial seperti ekspresi muka dan utauan tangan.

9. Tidak berupaya mentafsirkan perbezaan dalam nada suara semasa mendengar perbualan.


Ciri-ciri kanak-kanak berbakat ialah kanak-kanak yang bergeliga (giftedness). Banyak ahli-ahli psikologi meneroka tentang kecemerlangan manusia atau zat keinsanan yang menjadikannya superior dari manusia lain. penerokaan ini lebih dikenal dengan ‘geliga berpusat’. Kanak-kanak yang bergeliga (gifted children) ialah kanak-kanak yang mempunyai kepintaran cemerlang. Tingkah laku ini boleh disaksikan dengan hasil kepintaran penakulan dan penggunaan konsep-konsep abstrak. Kanak-kanak yang pintar-cerdas secara amnya mempunyai:

1. Keupyaan mental am superior.

2. Bakat istimewa.

3. Pencapaian kreatif tinggi.

4. Dorongan untuk belajar dan pencapaian.



Rohani Abdullah (2003) mendefinisikan terhadap kanak-kanak cerdas, menurut beliau kecerdasan merangkumi pengetahuan, kefahaman dan penakulan. Ujian yang dicipta menyamai kerja-kerja sekolah yang merangkumi ukuran perbendaharaan kata, kefahaman fakta-fakta dan pertalian serta penakulan matematik dan bahasa. Semua ujian tersebut merupakan kaedah mengukur perbezaan individu dalam kuasa daya fikir.


catatan; refrensi dan informasi data kajian ada pada penulis.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar