KONSEP PENDIDIKAN
DI MALAYSIA
Oleh: Ronn. M. Noor
”Kejayaan sebuah negara banyak bergantung kepada syistem pendidikan kerana ia merupakan wadah yang terpenting dalam menjayakan pembangunan modal insan, pembangunan dan pembangunan negara. Nilai peranan dan sumbangan syistem penididkan kita”.
Pendidikan menjadi tolak ukur kejayaan dan kemunduran suatu bangsa
Matlamat pendidikan negara dapat ditafsirkan sebagai usaha yang komfrehensif dan berterusan unutuk melahirkan individu yang berketerampilan, seimbang dan bersepadu, baik disegi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Tujuna pendidikan dalam suatu negara tidak lain ialah untuk menjadikan generasi suatu bangsa berilmu pengetahuan dan berfikir kreatif dan rasional, berupaya memberi sumbangan kearah memakmurkan masyarakat dan negara.
Suatu negara atupun masyarakat selalunya mempunyai ideal tentang bentuk hidup untuk negara mahupun masyarakat berkenaan. Ini dapat dilihat dari pada beberapa segi seperti aktiviti-aktviti seharian, syistem kepercayaan, perhubungan diantara ahli dalam masyarakat, nilai terhadap sesuatu termasuk diri sendiri dan reaksi kepada sesuatu tindakakan akhli-akhli masyarakat itu. Dunia ini yang penuh dengan cabaran yang boleh mendatangkan bahaya pada diri dan mungkin menghapuskan kehidupan seseorang. Oleh itu pengetahuan dan kemahiran mengambil suatu tindakan dalam keadaan yang mencabar itu penting sekali.
Pengetahuan dan kemahiran sangat penting masyarakat dalam suatu negara selalu berada dalam cabaran, dimana pertarungan dan pertahanan untuk terus terus terjadi.
Kemajuan aliran-aliran dalam teknologi
Pendidikan menjayakan pembangangunan sumber daya manusia
Bahaya yang terbesar dihadapi umat manusia zaman sekarang bukanlah ledakan bom atom tetapi, ’ledakan’ perubahan fitrah manusia. Unsur kemanusian dalam diri sebenarnya yang sedang mengalami kehancuran sedemikian cepat hingga yang tercipta sekarang ras-ras buakan manusia tetapi mesin bertubuh manusia.
Peroses pendidikan ialah untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang. Dari sini pula akan melibatkan perkembangan unsur intelek, jasmani dan emosi, adalah untuk membentuk individu yang seimbang dalam menempatkan kehidupan.
Pembangunan diri insan dapat didefenisikan sebagai suatu peroses pembentukan individu manusia yang berlaku secara sengaja dan sistematis yang mencakupi pengambelengan seluruh aspek potensi diri insan sama ada secara fisikal, rohani, emosi dan intelek secara padu ke arah pemantapan diri bagi melahirikan manusia sempurna dan seimbang yang mengenali diri dan memahami erti kehidupan yang sebenar serta mampu kembali kepada hakikat kejadian asal manusia, ialah mengabdi ke pada tuhan sekaligus kualiti kepimpinan cemerlang.
Dimensi instrik adalah dengan melihat bahawa pendidikan adalah bagi melahirkan indivdu yang mempunyai kepercayaan kepada tuhan, patuh kepada ajaran agama disamping memiliki pengetahuan dan keterampilan. Serta bertanggung jawab terhadap hidup yang dijalani dan berakhlak mulia.
Usaha bagi membentuk generasi mempunyai keperibadian dan akhlak yang tinggi. Ini adalah matlamat dari pendidikan yang sebenarnya.
Selain dari pada penekanan terhadap pembentukan moral dan intelektual, Pendidikan pula mejadi perintis dalam pembentukan kemajukan pembagunan untuk mencapai kejauyaan suatu bangsa.
Dimensi sosial pula dengan melihat bahawa pendidikan adalah bagi melahirkan individu yang mampu memberi sumbangan dan perobahan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. Dengan adanya penidikan, ia dijadikan teras kearah melahirkan dan menjayakan modal insan. Pembangunan diri insan adalah mendasari pembangunan kehidupan manusia itu sendiri yang seimbang , sepadu secara mental, fisikal, dan spritual. Dari sinilah menentukan kesejahteraan pembangunan negara dan ummah. Pembangunan yang semata-mata merujuk kepa fisikal atau material tidak akan menjamin kelangsungan tamadun manusia, sebaliknya akan diakhiri dengan kegagalan. Kerana tidak ada kemampuan daya tahan mahupun jati diri lantaran kehilangan komponen penting iaitu jiwa murni, keimanan dan konsep ketuhanan yang menjadi terasnya.
Peranan pendidikan dalam membangun negara
Kemungkinan besar yang individu itu tidak diberikan peluang bagi mengubahkan keadaan sediah ada. Keadaan ini dirasakan dapat diarasakan keranan perkembangan manusia dan peradaban bergantung pada pembaharuan dan pengubahan oleh ahli-ahli dalam masyarakat itu. Jika ahli-ahlinya di didik bagi hanya menuyesuaikan diri dan tidak mengarah kepada perubahan maka masyarakat itu akan menjadi statik. Sebenarnya apa yang dikehendaki oleh pendidikan mazhab pembangunan ialahah membangkitkan persaan peka dari pada individu terhadap keadaan masyarakat dan tuntutan keadaan zaman.
Perubahan kepada kecemerlangan suatu bangsa mestilah perobahan dari masyarakatnya terlebih dahulu. Dari sinilah penidikan mempunyai peranan penting dalam kemajuan membangun negara.
Sebenarnya apa yang dikehendaki oleh penididkan mazhab pembangunan semula masyarakat ialah kurikulum yang dapat membangkitkan perasaan peka dari indiuvidu terehadap keadan masyarakat dan perobahan sekitarnya. Perasaan Individu terhadap perobahan dapat mendorongkan generasi mencari jalan bagi mengubah dan membawa pembaharuan kepada masyarakat itu sendiri. Jadi pada dasarnya pendidikan itu membangun semulan masyarakat terhadap perubahan-perobahan yang berlaku baik dalam nasyarakat itu sendiri mahupun perubahan yang dikendalikan oleh dunia.
Perkembangan dunia dalam pelbagai aspek terutama dalam sudut ekonomi, sosial, politik dan teknologi perlu sentiasa diikuti. Semua pihak perlu sentiasa membuat environmental scanning bagi mengenal pasti keperluan-keperluan terkini dari pelbagai dimensi. Bidang pendidikan perlu sentiasa mengaenal pasti indikator-indikator asas yang berkaitan sistem penidikan bagi menuju suatu peningkatan dan kemajuan negara.
Kegagalan sistem pendidikan dalam membangunkan tenaga manusia secara strategik bukan sahaja akan merugikan negara malah akan menggugat kedaulatan negara terutama nilai-nilai dan etika yang tinggi serta semagat patriotisme yang kukuh kesemuanya tidak akan terjamin akan kelangsungannya jiga generasi selanjutnya gagal dibina. Kebanyakan negara-negara maju adalah hasil dari kejayaan mengatur langakah membangunkan sumber daya manusia yang ada dalam suatu negara tersebut dengan strategik dan futuristik.
Alam sekeliling dan masalah yang berkaitan dengan fenomena alam wujud dalam suatu bentuk yang bersepaduh dan saling berkaitan. Sesuatu fenomena tidak akan dapat dipahami tanpa peranan pendidikan, oleh keranan itu pendidikan begitu penting dalam pembangunan suatu bangsa.
Peranan dan sumbangan pendidikan di Malaysia
Dasar penidikan kebangsaan adalah satu pernyataan yang bermatlamat mengenai sistem penididikan kebangsaan ini dalam konteks negara Malaysia. Dasar pendidikan kebangsaan ini dalam konteks negara Malaysia menjadi amat perlu memandang rakyat yang berbilang kaum dan keturuan disamping mempunyai nilai dan budaya yang pelbagai. Usaha penyatuan pelbagai kaum dan keturunan, perkara ini dapat terlaksana diantaranya dengan pendidikan.
Penidikan merupakan salasatu daripada mekanisme penting negara dalam mencapai wawasan 2020. Usaha kearah ini memerlukan tenaga dan kepakaran dipelbagai peringkat pengetahuan dan kemahiran dengan penuh disiplin ilmu serta ketinggian etika. Melalui sistem pendididkan keperluan tenaga serta kepakaran dapat diwujud.
Umumnya sistem pendidikan dinegara ini baik jika dilihat daripada pelbagai sudut yang asasnya ialaha bahawa negara ini sedang membangun dengan rakyatnya terdiri daripada beragam kaum (China, India dan Melayu). Keunggulan sistem pendidikan Malaysia terbit setelah melalui peroses kajian demi kajian yang dilakukan diikuti pula dengan pengubah suaian . Akta Pendidikan 1996 adalah yang terakhir tentang dasar pendidikan negara keunggulan dan kemantapannya memang tidak boleh dinafikan. Yang telah banyak melahirkan cendikiawan, saintis dan pakar dalam pelbagai lapangan pengaetahuan.
Kepesatan perkembangan dalam bidang teknologi khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah yang paling banyak memberi kesan kepada perkembangan semasa selain daripada politik dan ekonomi. Aliran mega selepas 2000 mengikut Nasibitt iaitu masyarakat berinformasi, terknologi tinggi, ekonomi dunia, perancangan strategik, sentralisasi kepada desentralisasi, pertolongan kendiri, demokrasi penyertaan, penyususnan secara rangkaian (networking), kepelbagai opsyen dan ajakan demografi kini ternyata telah menampakkan kebenarannya. Keadaan perubahan seperti ini akan berterusan dengan cabaran-cabaran baru yang sebahagiannya diluar dugaan.
Peranan pendidikan di Malayasia dalam menjayakan wawasan 2020 bagi menangani cabaran globalisasi yang lebih besar. Sembilan cabaran didalamnya melibatkan aspek-aspek utam ialah: perpaduan rakyat, pembentukan jiwa rakyat, demokrasi dan kematangan, kekukuhan ciri-ciri moral dan etika, sifat liberal dan toleran, fikiran saintik dan memamfaatkan teknologi, budaya penyanyang, keadilan dalam ekonomi dan persaingan, sifat dinamis, tangkas, dan ketinggian daya tahan.
Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan 10 tahun (2001-2010) secara umumnya mengesyorkan sedikit perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia.
(Kementerian pendidikan Malaysia 2000).
Antara lain dalam pelan tindakan tersebut sistem Pendidikan P-12 dilaksanankan pada tahun 2005 bagi menggantikan sistem persekolahan semasa.
Struktur persekolahan baru-baru ini adalah bagi meningkatkan akses kepada penidikan, ekuiti dalam pendidikan, kualiti pendidikan dan tahap kecekapan serta keberkesanan pendidikan.
Penekanan lain dalam sistem pendidikan Malaysia dalam kurikulum abad ke-21 ialah dalam aspek kreativiti. Aktiviti dan kreativiti termasuklah berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan. Sasaran pendidikan yang di sasarkan memberi galakan kepada pelajar dan meningkatkan aktiviti-aktiviti yang memerlukan pemikiran kreativ.
Sistem pendidikan selama ini khususnya di Malaysia, terlalu mementingkan kecemerlangan akademik sehingga membuat pelajar-pelajar mengabaikan aspek-aspek yang buakan akademik sewaktu berada disekolah. Akibat dari pada itu sekolah-sekolah telah melahirkan lulusan-lulusan berilmu tapi kosong di beberapa segi, seperti kesetiaan kepada negara, bertolak ansur, rasa ingin membantu dan mempunyai semangat kejiranan yang kurang peka.
Memang benar apa yang dikatakan oleh para pendidik bahawa keadaan yang wujud dalam suatu masyarakat, kemunduran atau kemajuan suatu bangsa disebabkan oleh sejauh mana peranan pendidikan di dalamnya.
Rujukan: (Falsafah Pendidikan dan Kurikulum/Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman/Quantum Books, perak)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar