Jumat, 26 Februari 2010


Membentuk jiwa

YANG SEMPURNA

Dalam Psikologi Islam


PENGENALAN

Dalam ilmu psikologi, personaliti memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu; kepada diri seseorang secara keseluruhan dan kepada perbezaan antara individu. Ahli psikologi memang mengakui terdapat beberapa persamaan antara individu.

Perkataan personaliti mempunyai beberapa pengertian, dan kebanyakan pengertian tersebut boleh dibahagikan kepada dua kategori. pertama tentang personaliti nerujuk kepada kemahiran sosial, mengikut pengertian ini personaliti seseorang dinilai melalui cara ia mendapatkan tindak balas yang positif daripada orang lain dalam pelbagai situasi.

Dalam konteks ini, seseorang dapat berhubung secara menarik dengan orang lain dikatakan mempunyai personaliti yang menarik. Sebaliknya jika dalam intraksinya dengan orang lain tidak mesra maka sudah tentu orang itu tidak begitu disukai kerana kepribadiannya yang tak begitu bagus.

Kedua menjalinkan intraksi sosial dengan cara yang memuaskan dengan guru dan rakan-rakan dalam kelasnya, Pengertian kedua ini merujuk kepada personaliti sebagai kesan yang diberikan oleh seseorang tentang dirinya kepada orang lain. Seseorang itu boleh dikatakan mempunyai ’’personaliti agresif’’’atau ‘’personaliti submisif.’’

Dalam perbincangan ini meletakkan akhlak zahir dan batin serentak. Akhlak keji berakar umbi daripada hati yang rosak ataupun mempunyai penyakit. Nabi Muhammad mengisyaratkan perkara ini dengan menyatakan ``Didalam rongga anak Adam itu terdapat seketul daging sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh jasadnya. Ketahuilah daging itu adalah hati``.

Muhammad s.a.w diutus adalah untuk memperbaiki akhlak manusia, kerana itu akhlak beliau adalah akhlak yang wajar dicontohi dan diteladani. Sebab itulah apabila beliau ditanya apa itu agama ? lantas beliau menjawab, “akhlak yang terpuji”. Apakah itu bencana? lalu beliau menjawab “akhlak yang keji”. Antara akhlak-akhlak keji yang terdapat dalam hati mnusia adalah seperti bakhil, tamak dan haloba pada harta benda, berlagak sombong dan takabur, suka bermegah- megah, hasad dengki, berniat jahat dan khianat, lupa kepada Tuhan dan gelisah atau keluh-kesah. Dapat disimpulkan, akhlak keji disebabkan oleh nafsu lawamah yang terdapat dalam hati manusia. Yang sentiasa cenderung di kepada ketamakan dunia.

PERSONALITI MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

Dari perspektif Islam, personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau secara umumnya akhlak. Akhlak terbahagi dua bahagian iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Akhlak juga boleh di ertikan sebagai budi pekerti, kedua-dua jenis akhlak ini merangkumi dua dimensi zahir dan batin. Akhlak zahir dapat dilihat dan diukur dengan mata manakala akhlak batin tersirat dilubuk hati dan terpancar pada perbuatan lahiriah.

Islam memberi penekanan penting pada kedua-dua aspek ini. Sesuai dengan penciptaan manusia itu sendiri yang terdiri daripada unsur rohani dan jasmani serta kedua-duanya sering berkaitan dalam berintaraksi dengan persekitaran.

Antara sifat-sifat yang terpuji yang menjadi matlamat dalam pembentukan personaliti individu islam ialah: taubat, takut kepada Allah s.w.t, sabar, syukur, ikhlas, tawakal cinta kepada Allah s.w.t ridha qadha dan qadar Allah dan mengingati mati.sifat-sifat yang tercela yang cuba dihindarkan oleh individu islam tamak kepada makanan, suka bercakap sia-sia, dengki, bakhil, kedekut, cinta kepada dunia, marah, takabur, dan riak atau menununjuk-nunjukan.

Sebagai contoh, sabar ialah sastu sifat yang terpuji yang patut diamalkan oleh individu muslim. Seorang muslim yang jiwanya terpimpin oleh hidayah Islam sentiasa melatih dirinya untuk mencapai tingkat kesabaran yang tinggi dan menahan marahnya. Individu yang boleh mengawal nafsunya, menenangkan fikirannya ketika dalam kekalutan masalah, menguasai diri ketika dalam kesulitan dalam kategori ini individu tersbut telah mampu mengawal tingkah laku dan perasaan untuk bertidak menurut hati dan fikiran bukan nafsu.

Rasululla s.a.w sentiasa berwasiat kepada para sahabatnya agar tidak cepat marah, Rasulullah s.a.w tidak pernah melakukan balas dendam untuk mempertahankan harga dirinya, kecuali orang orang yang tidak menghormati hak-hak Allah seperti menghalalkan apa yang diharamkan.

Satu contoh sifa tercela pula ialah dengki. Dengki ialah satu sifat buruk yang tidak seharusnya ada pada seorang muslim yang beriman kepada Allah s.w.t dan Rasulnya serta hari akhirat. Rasulullah s.a.w selalu mengingatkan umatnya supaya hati-hati terhadap sifat dengki. Baginda bersabda seperti berkut:

hati-hatilah kamu semua terhadap hasad kerana sesungguhnya hasad akan memakan habis seluruh kebaikan kamu sebagaimana api melahap habis kayu yang kering.

(hadist riwayat Abu Daud).

Salah satu ciri seorang muslim yang sebenar ialah mereka yang mempunyai jiwa yang bersih daripada sifat-sifat yang tercela. Kebersihan jiwa boleh mendorong seseorang manusia menghambakan diri kepada Allah s.w.t dengan ikhlas, beribadah, mengerjakan solat, berpuasa dan sebagainya. Individu muslim hendaklah memelihara kemurnian jiwa daripad sifat dendam dan dengki. Kebersihan jiwa ialah satu ciri peribadi muslim yang mendatangkan kebaika pada dirinya di dunia dan akhirat. Seorang muslim yang patut di teladani menurut kacamata islam ialah mereka yang mampu menghimpun kebaikan ibadah, kemurnian jiwa dan kebaikan awal perbuatannya tidak pernah bertentangan dengan ucapannya. Dengan latihan dan pendidikan yang betul, individu muslim memperolehi sifat-sifat terpuji dan pada saat yang sama menghindarkan sifat-sifat yang tercela. Sifat-sifat yang terpuji boleh dihasilkan dengan kawalan pada hati termasuklah mata, perut, kaki dan tangan. Individu dapat mengawal hatinya seperti sentiasa mempunyai niat baik, dan tidak terdorong untuk melakukan sesuatu yang tercela, kawalan hati boleh menjadi motivasi kepada individu untuk bertingkah laku dengan baik apabila berhadapan dengan ahli masyarakat yang lain.

PERANAN AGAMA DALAM MEMBENTUK PERSONALITI

Keperluan terhadap agama, disebabkan manusia makhluk tuhan yang dibekali potensi (fitrah) yang dibawa sejak lahir. Salah satu fitrah tersebut manusia memerlukan bimbingan agama untuk menentukan jalan hidup. Fitrah ini kemudian menjadi suatu karakter yang baik. Ia berkembang menuju kesempurnaan (al-mukammilah). Kesempurnaan ini tidaka akan terbentuk tanpa bimbingan syari’ah.

Potensi keagamaan harus ditekankan sejak dari awal kanak-kanak kerana dari sinilah untuk membentuk pribadi yang muslim. Peranan orang tua, persekitaran sangat mendukung dalam membentuk pribadi yang taat terhadap agama.

Menurut penelitian Ernes Harmer perkembangan kanak-kanak melalui beberapa peringkat iaitu:

I. The fairy tale stage (tingkat dongeng). Peringkat ini dimulai pada anak yang berusia 3-6 tahun pada peringkat ini konsep mengenai tuhan lebih banyak dipengaruhi oleh fantasi dan emosi. Tingkat ini seakan-akan kanak-kanak menghayati konsep ke-Tuhanan itu kurang masuk akal, sesuai dengan tingkat perkembangan intelektualnya. Kehidupan pada masa ini banyak dipengaruhi kehidupan pantasi hingga dalam menanggapi agamapun kanak-kanak masih menggunakan konsep fantasi. Oleh sebab itu dari peringkat ini kanak-kanak harus mendapat bimbingan dari ibu bapa terhadap apapun bentuk yang mempengaruhi cara berpikir mereka terutama masalah agama. Seperti tontonan, bacaan, lingkungan hendaklah berbau agama jika ingin membentuk pribadi yang agamais (personaliti muslim).

II. The realistic stage (peringkat kenyataan). Peringkat ini sejak kanak-kanak masuk sekolah rendah sehingga sampai masa usia adolesense. Pada tahap ini ide kanak-kanak terhadap ketuhanan sudah mencerminkan konsep-konsep yang berdasarkan kepda kenyataan. Konsep ini timbul lebih banyak dipengaruhi oleh pusat-pusat latihan agama seperti; ceramah agama, pengajaran agama, dan penekanan kepada melaksanakan kewajiban agama.

III.The indiviual tage (peringkat individu). Pada peringkat ini kanak-kanak telah memiliki kepekaan emosi yang paling tinggi sejajar dengan perkembangan usia mereka konsep ketuhanan individualis terbagi atas tiga bahagian;

a. konsep ketuhanan yang konvensial dan kosmatif dengan di pengaruhi sebahagian kecil pantasi. Perkara tersebut disebabkan pengaruh luar, lingkungan yang cuba mencabar keyakinan yang baru ia perolehi. Pada tahap ini jika tidak dilakukan pemerhatian dan bimbingan ibu bapa keyakinan terahadap agama akan mudah dipengaruhi.

b. Konsep ke-Tuhanan yang yang lebih murni dengan dinyatakan dengan pandangan bersifat personal. Kekuatan seorang anak yang bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran melalu pendekatan agama. Dan ini tidak banyak.

c. Konsep ke-Ketuhanan yang bersifat humanistik. Agama telah menjadi ethos humanis dalam diri seorang anak dalam menghayati ajaran agama. Bukan sekedar meniru. Di setiap peringkat perkembangan tersebut banyak dipengaruhi Faktor internal mahupun eksternal.

( Sumber Psikologi Agama ).

JIWA YANG SEMPURNA

Defenisi Jiwa

- Menurut filosof-filosof yunanai jiwa tidak lain hanyalah jisim ( badan) dan tidak ada sifat-sifat khusus padanya. Golongan spritual beranggapan jiwa tidak berasal dari alam kebendaan tetapi berasal alam ketuhanan yang mempunyai kekuatan rohani dan nilai spritul.

- Menurut Ibnu Sina. Jiwa manusia merupakan rahasia Tuhan yang terdapat pada hamba-hamba-Nya. Jiwa menjadi sumber pengetahuan bermacam-macam dan tidak terbatas. Jiwa menjadi sumber pikiran-pikiran yang jelas.

- Jiwa menurut perspektif al-Qur’an dan al-Hadist. Diaktakan bahawa jiwa menjadi sumber hidup dan diambil dari tuhan ( Q. S. Shad / 38; 71-72) dan bahawa jiwa itu rahasia tuhan pada makhluknya.

- Menurut Ibnu Rusyd. Jiwa itu abadi, kerana ia merupakan Zat (substansi) rohani yang tidak tersusun. Kedudukan jiwa sebagai form bagi badan, tidak bereti bahawa jiwa itu musnah dengan musnahnya yang lain.

-Menurut Plotinus. Kedudukan jiwa alam, sesuadah aqal merupakan akahir wujud alam abstrak(alam al-mujarrodah) serta menjadi penghubung antara alam indrawi dan alam gaib ( super sensual world) atau alam menurut Plato.

-Menurut Aristoteles ia mengatakan; bahawa jiwa adalah form bagi badan, tetapi dalam pada itu ia mengatakan bahawa form tidak boleh tinggal tanpa materi…bahawa kemusnahan badan mengharuskan kemusnahan formnya pula, yaitu jiwa.

(Filsafat Islam. Jakarta; 1990)

Dalam hadist juga menyebutkan “ ruh-ruh itu bagaikan tentara yang banyak yang saling berkenalan dan bergabung, dan yang saling tidak mengenal dan berjauhan”.

Sebagai mana Allah berfirman:

dan (demi) jiwa serta penyempurnaan (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.

(Q / 91: 7-10).

Allah menciptakan jiwa manusaia sebagai sesuatu yang sempurna, memiliki kualiti yang hebat dan rumit. Wujud kesempurnaan jiwa itu antara lain diberi potensi (ilham) untuk membezakan yang buruk dan yang baik. Selanjutnya, untuk mengekalkan prinsip fitrah jiwa yang sebenaranya bergantung bagai mana jiwa tersebut dipelihara dari kekotoran dan kekejian.

Terkadang manusaia silap dalam melihat antara kebaikan dan keburukan atau cuba meneyembunyikan keburukan itu. Dan adakalanya mereka menganggap baik perbuatan yang buruk. Kenapa perkara ini terjadi?.

Perbuatan munkar atau kejahatan adalah wujud dari kecerdasan manusia sehingga ia mampu untuk memutarbelitkan fakta atau menyembunyikan kejahatan dalam kebaikan. Perkara ini sering terjadi disebabkan seseoang tidak boleh mengimbangi antara kesucian jiwa (gerak hati yang baik) dan kekotoran jiwa ( kecenderungan nafsu munkar).

Potensi-potensi ini sukar di wujudkan jika tanpa penyedaran dan keinsapan sebagai makhluk. Dan kurangnya pemahaman terhadap pengetahuan agama.

Darimna kita berasal?

Dimana kita berada?

Kemana kita akan kembali?.

Kesadaran ini hendaklah ditekan dalam dalam jiwa kanak-kanak semenjak kecil, dan inilah peranan orang tua, lingkuangan dan aspek lainnya yang dapat menyokong dalam membentuk generasi yang muslim sejati.

Membentuk jiwa yang berkualiti

Sebagai mana telah di jelaskan di atas jiwa manusia di bentuk sempurna lengkap dengan potensinya. Manusia memiliki potensi jiwa yang tinggi dan suci dan juga memiliki potensi menjadi rendah dan kotor. Kehidupan akan menghantarnya pada suatu tingkatan, bukan sahaja kualiti sosial melainkan kualiti kejiwaan. Pencapaian itu berjalan dalam koridor sistem nafsani. Sistem nafsani secara singkat di ilustrasikan nafs, aqal, qalbu dan ruh. Dari dalam nafs itulah manusia digerakkan untuk menangkap penomena yang di jumpai, menganalisisnya, dan mengambil keputusan. Kerja nafs melalui jaringan qalb, aqal dan mata hati (basirah). Akan tetapi baru boleh berpungsi dengan benar, menurut fitrahnya jika ruh yang berada di dalam jasad dan fungsi jiwa sempurna. nafs melalui jaringan qalb, aqal dan mata hati (basirah) bekerja dengan potensinya masing-masing.

Hubungan krisis sosial dan kefasikan

Prilaku yang menentang norma adalah bersumber dari kurangnya komitmen terhadap agama. Sehinga agama bukan menjadi teras kehidupan melainkan hanya simbol-simbol kosong tanpa makna yang tidak perna dihayati. Kurangnya penghayatan dan pengetahuan dalam agama inilah penyebab kurangnya komitmen terhadap agama tersebut yang akhirnya akan menetaskan sifat-sifat melampaui batas dan bercanggah dengan konsep agama sebenaranya. Untuk itu jika hendak membentuk pribadi yang muslim hendaklah ditekankan kepada pengahayatan dan pengetahuan mengenai agama semenjak dari usia kecil.

Menurut Al- Qur’an krisis sosial yang terjadi dalam masyarakat, terutama dewasa ini yang semakin ‘menggila’ selalunya bermula dari sikap atau prilaku yang melampaui batas, yang tidak lagi mengenal batas-batas agama, norma soial, dan budaya. Semua golongan-golongan mahu tampil sebagai orang yang dihormati dan disegani, tidak mengenal lagi erti belas kasihan. yang pada akhirnya akan membawa kepada kekejian dan kemungkaran yang kian merajalela. Penomena ini berlaku disebabkan dari generasi ke generasi semakin menjauh dari penghayatan agama dan memudarnya ajaran-ajaran yang berbau keagamaan menyebabakan jiwa-jiwa yang terdampar dalam diri generasi anak muda menjadi kering dari siraman rohani yang berlumuran dengan kepekatan nafsu duniawi. Kasihan.

Bembentuk karakter muslim berpdoman sunnatullah

Agma Islam lebih menekankan kepada Al-Qur’an dan Hadist yang menjadi konsep utama dalam mengukur tingkah laku benar atau salah. Dan nabi Muhammad s.a.w sebagai rol model atau contoh tauladan yang baik.

Dalaam pandangan Islam, keperibadian merupakan interaksi dari kualiti nafs, qalb dan aqal. Keberkaitan yang erat antara jiwa, hati dan akal sangat mempengaruhi tingkah laku seseorang. Menururt pandangan Islam, agama yang diterima dari pengetahuan mahupun yang dihayati dari pengalaman akan lebih tampak lebih sempuran jika ia diiringi keperibadian yang baik. Keperibadian yang baik hanya dapat diperolehi jika seseorang itu lebih menguasai ilmu tentang agama tersebut. Ilmu pengetahuan dan akhlak yang mulia tidak akan dapat terwujud tanpa harus menstrukturkan terlebih dahulu fungsi-fungsi jiwa, hati dan akal. Supaya ia dapat bekerja sebagai mana mestinya.

Allah telah bersumpah demi jiwa sebagai mana Firmannya:

Demi jiwa dan penyempurnaan ciptaanya ( QS 91: 7)

Kesempuranaan jiwa manusia yang telah di ciptakan Allah. s.w. t harus betul-betul dipelira. Adakah ia akan dikembalikan lagi kepada Allah dengan kesuciannya sebagai mana pertama kali jiwa itu diciptakan?.

Jiwa bukanlah jasad. Jiwa adalah ruh yang hidup didalam tubuh manusia dari padanyalah datangnya seperti aqal dan nafsu. Penggerak tingkah laku yang akan menggiring manusia kejalan baik atau buruk. Jika manusia ingin merasakan kebagagian yang abadi, maka mamfaatkanlah aqal untuk berpikir menurut konsep agama yang benar serta mengendalikan nafsu yang mengotori jiwa tersebut. (Psikologi Qurani).

Nafsu dan aqal dalam jiwa manusia sentiasa berperang dan hati adalah medan peperangan. Seperti di gambarkan buya Hamka, Diibaratkan demikian:

“maka kelihatanlah disebelah barat bayang-bayang hitam. Seperangkat askar muncul dengan senjata lengkap. Dibelakangnya berbaris beberapa pahlawan, yang berwajah gelap tiada mengenal kasih.

“kita yang mesti lebih berkuasa”. Demikian raja yang ditakuti berseru, “kita mesti rampas benteng-benteng musuh yang sengaja menghalang-halangi langkah dan cita-cita kita, merampas kemerdekaan kita, mereka hendak berpengaruh sendiri sahaja di negeri ini”.

“Ayuh maju ke muka, jangan mundur!”

Maka kedengaranlah sorak sorai dan gegap gepita; bala tentera hitam itu maju ke medan perang dengan dahsyatnya. Debu menjulang keudara. Bendera berkibar-kibar. Hujung lebmbing dan gala yang terpegang di tangan askar-askar itu berkilat kerana cahaya matahari. Kuda-kuda yang liar dan gembira itu membuih air liurnya, jegang telingganya tiada tertahankan.

Ditepi langit sebelah timur, di tempat pajar akan menyingsing, kelihatan dengan samar-samar bala tentara berpakaian serba putih, beribu-ribu pula banyaknya, di pimpin oleh berpuluh-puluh pahlawan yang wajahnya jernih. Di muka sekali kelihatan maharaja yang mereka cintai. Wajahnya amat jernih dan tenang. Kemudian bala tentera berbaris rapat mendengarkan pidato yang beliau ucapkan “kita mesti membela negeri ini dari kerosakan”….mendengar itu seluru tentera bersorak : “hidup raja kami”. “bertahan rakyatku, bertahan! Jangan mundur kalau mundur pasti negeri ini akan rosak. (Falsafah Hidup Prof. DR. Hamka; 2002)

Begitulah gambaran peprangan selalu terjadi perebuan kuasa antara kuasa nafsu duniawi dan ukhrowi.

Faktor-faktor yang perlu diperhatikan dalam membentuk karakter pribadi muslim

Ada beberapa faktor yang perlu ditekankan dalam membentuk keperibadian seorang anak untuk menjadi personaliti muslim;

  1. Pengetahuan tentang nilai. Tingkah laku manusia dipengaruhi oleh aspek-aspek kognitif, afektif dan psikomotorik. Jika seseorang memiliki kapasiti yang seimbang dari ketiga-tiga aspek tersebut, realitinya ia dapat hidup harmoni dengan lingkungan dan dirinya keranan kemampuannya mengamati dan merespon permasalahan secara benar dalam berintaraksi dengan persekitaran. Pengetahuan tentang nilai akhlak itu sangat besar pengaruhnya dalam membentuk keperibadian. Pengetahuan tentang niali-nilai ini biasanya disampaikan oleh orang tua dan guru:

- orang tua dapat melakukannya sejak awal lagi dengan dongeng, bacaan, tontonan dan banyak cara lain.

- guru di sekolah menyampaikannya dalam proses belajar mengajar yang akan mepengaruhi aspek kognitif.

- Pengaruh ulama atau orang bijak dalam penyampaiannya yang di sajikan dalam beragam bentuk seperti; pengajian, ceramah agama dan nasihat-nasihat.

  1. Lingkungan yang kondusif. Berdasarkan penelitian yang di jalankan Prof. Dr. Zakiah derdjat, didapati bahawa prilaku manusia 83% di pengaruhi apa yang ia lihat, 11% dari apa yang ia dengar dan 6% dari gabungan berbagai stimulasi. Dalam perspektif ini peranan rumah tangga, persekitaran, sekolah dan pergaulan sangat berperanan penting dalam membentuk keperibadian seseorang. Dari sinilah kita dapat merenung sedikit lebih jauh, jika kita ingin membentuk anak kita menjadi pribadi yang berakhlak mulia hendaklah kita mula dari komuniti yang lebih kecil (keluarga).
  2. Meletakkan tokoh idola. Tokoh idolah yang begitu di minitati oleh kanak-kanak ternyata memberi dampak yang luar biasa terhadap kehidupan dan tingkah laku mereka. Peranan orang tua untuk meletakan tokoh idola yang mana yang sepatutnya menjadi panutan mereka. Jika kita menginginkan dia menjadi raja lawak mungkin kita akan meletakkan tokoh idolanya seperti Nabil, atau menjadi penyanyai atau pelakon seperti P. Ramli. Tapi jika kita ingin ia menjadi pribadi muslim yang baik hendaklah kita meletakkan tokoh idolanya seprti nabi Muhammad s. a. w . para sahabat, orang-orang besar seperti imam Al-Ghazali, Ibnu Sina.
  3. Membiasakan kepada tingkah laku konstruktif. Transfer ilmu pengetahuan yang dapat dilakukan melalui pengajaran dan pebentukan pola tingkah laku seperti budaya atau transfer teknologi seperti TV, komputer dan lainnya. Ini juga dibuktikan sangat berkesan dalam membentuk tingkah laku kanak-kanak.
  4. Pembiasaan hidup bersih dan tertib. Kesdaran akan kebersihan tidak hanya bertumpuh dalam hubungan kebersihan dengan kesehatan, tetapi bertumpu kepada perasaan. Ajaran seperti membasuh tangan sebelum makan, membersih kakai sebelum tidur, mebaca do’a dan berwudu juga salah satu cara yang dipakai dalam membisakan kanak-kanak mencintai kebersihan.
  5. Pembiasaan kejujuran dan kedisiplinan. Dalam bahasa Arab sifat ini dikenali seperti sidiq dan amanah. Kenapa kita perlu mempersiapkan dan membisakan anak kita untuk berlatih jujur dan amanah kerana sifat ini adalah rahasia besar kejayaan nabi Muhammad s.a.w dalam berdakwa, mengahadapi cabaran, dan beliau dapat diterima dalam kumpulan musuh dan berjaya mengusai mereka sehinggah perjuangan beliau bersinar di penjuru bumi. Perkara ini nampak sederhana tapi akan memberi impek yang luar biasa.

APA YANG MENGGERAK TINGKAH LAKU MANUSIA

Penggerak tingkah laku dan tujuan dapat disimpulkan sebagai motif keadaan psikologi yang merangsang dan memberi signal terhdap aktiviti. Motif itulah kekutan yang menggerakkan dan mendorong aktiviti seseorang, yang membimbing kearah tujuan-tujuan. Motif-motif ini akakan muncul seiring dengan apa yang dianggap perlu oleh individu dan ia mendapatkan mamfaat darinya. Seperti dorongan rasa lapar dan dahaga. Dorongan-dorongan untuk melakukan sesuatu perkara bukan datang secara replek atau tanpa sebab. setiap perbuatan dan tingkah laku yang di lakukan oleh seseorang mengikut pesanan dari dalam diri seseorang.

Manusia ketika melakukan sesuatu perbuatan, di sadari atau tidak sebenarnya digerakkan oleh suatu sistem dalam dirinya. Menerutu perspektif Islam sistem tersebut ialah nafs. Jika penggerak kepada motif atau tinggakah laku itu mulai bekerja secara kuat, ia akan mendominasikan seseorang tersebut mendorongnya unuk melakukan suatu perbuatan. Ketika motif itu bekerja mencapai puncaknya, keika itu seseorang tidak lagi bebas untuk mengarahkan tingkah lakunya kerana ia harus memenuhi tuntutan motif tersebut untuk memperlolehi pemuasan. Dalam keadaan tersebut seseorang tanpa diberi kesempatan untuk memikirkan resiko yang akan di peroleh dari suatu tingkah laku tersebut. Ketika keadaan demikian berlaku yang paling penting untuk menjadi penangkal adakah tindakan itu wajar atau tidak, ialah mata hati (al-basyirah). Ia mempuyai kekuatan secara semulajadi manusia akan merasa berdosa, merasa bersalah, merasa wajar atau tidak bergantung dengan kekuatan ini (al-basyirah). Semakin ia dekat hubungannya dengan Allah maka cahaya keimanan akan sentiasa menyinari mata hati seseorang, lalau ia akan tampak dengan jelas mana yang yang diridhoi oleh Rabnya dan mana yang dilarangnya. Inilah jalan satu-satunya menuju kehidupan abadi, keselamatan dan kebahagiaan dunia akhirat. Wallahu a’lam.

INDEKS

Psikologi Agama, Prof. Dr. H. Ramayulis; Radar Jaya Offset Jakarta; 2004

(perpustakaan al-Hikmah)

Dr. Achmad Mubarok. Sunnnatullah Dalam Jiwa Manusia. The International Institute of Islamic Thought Indonesia Fublication. Jakarta 2003 ( perpustakaan Universiti Malaya)

Pengantar Filsafat Islam. Ahmad Hanafi. MA. Bulan Bintang Publication, Jakarta; 1990.

Palsafah Hidup. Prof. Dr. Hamka. Pustaka Dini. Sdn. Bsd. Kuala Lumpur. Cetak ulang 2002

Ihya’ Ulumiddin. Imam al-Ghazali Jilid II terjemahan Prof. TK. H. Ismail Yakub. MA. SH. Rektor I A I N “Wali Songo”. Semarang Jawa Tengah. Cetak ulang Pustaka Nasional. Pte. Ltd Singapura (perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia).

Psikologi Qurani. Dr. Aduan Syarif. Pustaka Hidayah Jakarta; 2004 (perpustakaan Universiti Malaya).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar